suria

Pengantin berendam air mata, MUA terkenal ‘hilang’ 3 jam sebelum nikah! Paling geram duit upah dah bayar penuh

Niza disolek oleh ibu saudaranya bagi menggantikan jurusolek yang hilangkan diri pada saat-saat terakhir.

SEJAK bulan lalu, media sosial hangat dengan pendedahan dan perkongsian warga maya mengenai pengalaman buruk masing-masing yang menjadi mangsa penipuan seorang jurusolek.

Rata-rata mereka yang 'terkena' dengan jurusolek sama meluahkan rasa marah dan kecewa kerana hari bahagia bertukar menjadi mimpi ngeri.

Turut menjadi mangsa, wanita yang hanya mahu dikenali Niza tampil membuat pendedahan di laman sosial bertujuan agar bakal pengantin lain lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan seterusnya.

Berkongsi kisahnya lebih lanjut, Niza berkata dia membuat tempahan slot jurusolek berkenaan pada tahun lepas untuk menata rias wajahnya pada hari pernikahan, 1 Februari lalu.

MUA 3

Perkongsian Niza di TikTok meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan.

"Saya booked slot jurusolek itu dengan harga RM450 beserta RM60 untuk kos pengangkutan. Tiba-tiba dia kata nak tawarkan harga promo iaitu RM250 dan transport RM60.

"Saya pelik juga sebab murah sangat untuk harga solekan bride. Tapi dia kata itu rezeki saya. Saya pun transfer full RM310," ujarnya kepada mStar.

Sambung Niza, dua hari sebelum hari pernikahannya, dia menghantar mesej kepada jurusolek berkenaan sekadar untuk memberi peringatan.

MUA 2

Niza bersyukur kerana menggunakan khidmat jurusolek berbeza ketika majlis resepsi.

"Sehari sebelum nikah saya tanya lagi, akak bawa lampu tak sebab bilik saya gelap. Dia jawab tak apa jangan risau, dah biasa solek dalam keadaan lighting macam tu.

"Keesokannya hari majlis, biasalah kita bride memang busy daripada pagi sampai petang. Akad nikah pukul 9 malam. Petang tu saya mesej dalam pukul 4.30 petang, tanya dah on the way ke sebab dia tak update apa-apa.

"Tapi mesej hanya satu tick. Saya positif lagi, kot-kot tak ada line. Tapi sampai pukul 6 petang, masih tak dapat dihubungi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: MUA lambat tiba, terus batal ‘job’ 10 minit sebelum majlis tunang berlangsung... Beri alasan tak nak mekap tergesa-gesa, nanti tak cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Malu mekap bercapuk di majlis tunang, MUA diupah rupanya tak sebagus mana... Testimoni gempak sebab guna filter

Dalam keadaan hati yang gundah-gulana, Niza berkata dia cuba menjejaki jurusolek berkenaan di laman sosial dan berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga wanita tersebut.

Namun ujarnya, jawapan yang diterima benar-benar menghampakan.

Sekarang dah lebih seminggu majlis nikah saya berlalu, jurusolek tu langsung tak nampak batang hidung... tiada refund ataupun kata maaf.

NIZA

"Wanita yang dipercayai adik kepada jurusolek tersebut mengakui dah lama tak berhubung dengannya dan dia sendiri cadangkan saya cari pengganti jurusolek.

"Bayangkan macam mana perasaan saya waktu tu... dalam masa kurang tiga jam majlis nikah, saya menangis teruk angkara jurusolek tersebut," ujarnya yang menetap di Hulu Langat, Selangor.

Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, ujar Niza, ibu saudaranya terpaksa menjadi jurusolek bidan terjun kerana terlalu suntuk untuk mencari pengganti.

komen mua

Antara komen warga maya yang turut menjadi mangsa jurusolek yang sama.

"Sekarang dah lebih seminggu majlis nikah saya berlalu, jurusolek tu langsung tak nampak batang hidung. Tiada refund ataupun kata maaf.

"Saya kongsi dekat TikTok agar pengalaman buruk saya dapat dijadikan pengajaran kepada bakal pengantin lain. Tak sangka, memang terlalu ramai yang DM (direct message) dan komen, berkongsi pengalaman yang sama.

"Boleh dikatakan hampir 20 orang. Rupanya, dah ramai kena scam. Saya pula tak tahu jurusolek tu buat kecoh kerana tak mengikuti perkembangan yang banyak dikongsikan di Thread.

"Apa yang saya nak sampaikan kepada jurusolek berkenaan, hentikanlah menipu orang. Berdosa! Kalau terpaksa cancel, beritahulah. Kepada bakal pengantin pula, pilihlah jurusolek yang benar-benar dipercayai dan ada portfolio bagus," akhirinya sambil menambah, dia akan membuat laporan polis selepas majlis resepsinya selesai.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain