ADA sesetengah individu memilih untuk meletak jawatan dengan segera walaupun tempoh perkhidmatan di sesuatu tempat itu masih singkat. Tekanan dan budaya tempat kerja yang tidak sesuai sering menjadi punca utama mereka mengambil keputusan drastik seperti ini. Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisahnya yang menyerahkan surat peletakan jawatan selepas tiga hari bekerja. Setiap syarikat mempunyai budaya kerja yang berbeza. -Gambar hiasan Dakwa wanita itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut mewajibkan perjumpaan dengan semua pekerja setiap hari. "Saya pernah meletakkan jawatan pada hari ketiga bekerja. Saya rasa pengalaman ini macam pelik gila sebab hari-hari datang pejabat, CEO nak jumpa. "Jumpa semua orang, seorang demi seorang setiap petang. Kiranya kalau CEO tu panggil saya pukul 6 walaupun ia masa untuk pulang, maka kena tunggulah. Apabila CEO masuk pajabat, pekerja jadi takut... macam robot la semua orang kat dalam tu. BEKAS PEKERJA "Tunggu dia cakap satu persatu dalam bilik tu," ujarnya menerusi video yang meraih hampir 30,000 tontonan itu. Antara lain, wanita itu juga berkata sikap para pekerja juga seolah-olah 'membatu' setiap kali CEO masuk ke pejabat, menjadikan suasana itu cukup tegang dan penuh tekanan. "Persekitaran kat sana hostile gila. Apabila CEO masuk pajabat, pekerja jadi takut. Macam robot la semua orang kat dalam tu. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan... Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah ARTIKEL BERKAITAN:Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR "Rasa tak selesa. Saya tak akan dedahkan nama syarikat, tapi reviu dia memang teruk," katanya lagi. Di ruangan komen pula, wanita itu menjelaskan setiap kakitangan juga perlu membentangkan hasil kerja mereka dalam setiap pertemuan dengan CEO. Pekerja perlu patuh arahan majikan selagi ia tidak menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan "Sumpah memang hari-hari dia minta jumpa, hari-hari nak tanya update atau progress kerja, jadi kena senaraikan dan tunjuk semuanya. Kalau tak hari-hari, (jumpa) selang sehari. "Ia syarikat kecil, ada tiga orang termasuk CEO di peringkat pengurusan. Lepas (berhenti kerja daripada) syarikat tu, saya kembali masuk syarikat besar. Taubat dah masuk syarikat kecil," tulisnya menjawab soalan netizen.