suria

Pemuda istighfar panjang, tangan tiba-tiba sejuk... Terkejut Perodua Bezza baru 2 hari keluar kedai langgar bongkah konkrit

Kereta Perodua Bezza ini mengalami sedikit kerosakan akibat terlanggar konkrit.

MALANG tidak berbau dan ia boleh menimpa sesiapa saja tanpa diduga.

Di TikTok, tular video menunjukkan sebuah Perodua Bezza yang mengalami kerosakan selepas dua hari ia dibeli pemiliknya.

Menurut Suhaimy Harun, dia terlanggar bongkah konkrit ketika memandu kereta itu ke sebuah kedai makan untuk sarapan.

kereta 1 (3)

Bahagian depan kereta itu yang kemek dan calar.

"Astagfirullahaladzim. baru keluar kedai dua hari, dah kena ujian pecah bumper.

"Ceritanya aku pergi sarapan macam biasa, lepas tu aku parking. Aku betul-betul tak perasan.

"Start enjin ke depan je, terus (langgar)... sejuk habis tangan aku," ujarnya memulakan cerita.

Sensor langsung tak bunyi. Mungkin sebab batu ni rendah sangat.

SUHAIMY HARUN

Menurut Suhaimy lagi, sistem amaran keretanya gagal mengesan binaan, namun dia reda dengan ujian yang menimpa.

"Sensor langsung tak bunyi. Mungkin sebab batu ni rendah sangat kot, sensor tak kena (detect). Otak aku dah jadi blank, tak tahu buat apa.

"Tengok dia punya calar, dengan kemek ke dalamnya lagi. Apa yang jadi sekali pun, ujian apa yang datang mesti ada hikmahnya," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta baru keluar kedai dah kemalangan, gadis tak patah semangat... mekap Axia dengan kos RM30 je

ARTIKEL BERKAITAN: Luaran je cantik! Mekanik bongkar sejarah kereta terpakai, pernah kemalangan teruk... Wanita rela hangus deposit

Di sebalik ujian yang melanda, pemuda itu lega kerana enjin keretanya masih berada dalam keadaan baik.

"Tapi aku tengok enjin dalam tak ada rosak apa-apa. Bocor pun tiada. Baru keluar kedai dah jadi macam ni, aku jadi lemah semangat pula nak 'mekap' kereta.

kereta 1 (2)

Tangkap layar video yang dikongsi di TikTok.

"Tambah pula aku tak pernah claim insuran. Macam mana aku nak claim kalau kecuaian diri sendiri?" soalnya dalam video itu.

Perkongsian itu menerima hampir 50,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Beli kereta baru tak sah kalau tak ada salam perkenalan. Aku ambil Mazda daripada show room, balik rumah kena batu sebab ikut belakang lori.

"Macam saya bang. Baru buat body kit, terus langgar divider. Reda je la.

"Kereta baru juga hari tu, park tepi kilang. Masa balik tengok pintu kemek," kongsi pelayar TikTok.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain