KEMURAHAN hati seseorang boleh menjadi asbab untuk dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Namun tidak semua insan berkongsi prinsip serupa, mungkin atas faktor keadaan kewangan yang sesak jadi setiap sen perlu diraih. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menzahirkan rasa kecewa dengan sifat terlalu berkira segelintir peniaga yang enggan memenuhi permintaannya bagi mendapatkan sambal tambahan. Gerai menyajikan makanan lazat pasti dipenuhi pelanggan. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia singgah ke dua buah gerai untuk membeli keropok lekor sira, masing-masing memberikan maklum balas berbeza apabila diminta untuk meletakkan sambal lebih. "Kedai pertama saya pergi untuk beli keropok lekor sira, saya tanya... nak sambal lebih boleh? Peniaga tu jawab begini... nak lebih macam mana lagi, dah memang begini. Jadi itu memang kali terakhir saya pergi ke gerai berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Nasi lemak 3 ekor bilis, tiada telur dijual RM4 sebungkus... Sambal pun tak ada, peniaga kata ‘bukan versi biasa’ ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sekolahkan pelanggan kedekut! Laksa Johor RM150 dicemuh ‘mahal’, anggap modal tak seberapa "Saya minta sambal je pun, nak merajuk rasa. Kemudian saya singgah gerai kedua pula, saya masih beli keropok lekor sira, sekali lagi saya tanya... nak sambal lebih boleh? "Kali ni peniaga tu jawab macam ni... boleh, tapi kena tambah 50 sen, nak ke? Sekurang-kurangnya kedai ni bagi pilihan, walaupun saya kena bayar untuk sambal ekstra tu, tidak la dia tolak terus," kata wanita itu. Duit adalah segala-galanya sekarang, peniaga tak mampu lagi berkompromi demi pelanggan. WARGA MAYA Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat kecewa kerana kebanyakan peniaga masa kini lebih mementingkan keuntungan berbanding kepuasan hati pelanggan. "Susah nak jumpa orang ikhlas berniaga zaman sekarang ni, semuanya mahu memaksimumkan keuntungan dengan apa jua cara, termasuk mengurangkan kualiti servis terhadap pelanggan. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau kenang masa dulu, orang berniaga kuih tradisional untuk sarapan pagi mesti inti semuanya padat, memang tak lokek. Apa sudah jadi sekarang, sampai nak minta sambal lebih pun kena caj 50 sen, sedih sekali. "Mungkin keadaan ekonomi dan kos sara hidup tinggi juga memainkan peranan, duit adalah segala-galanya sekarang, peniaga tak mampu lagi berkompromi demi pelanggan. "Kita tak berada dalam kasut mereka sebagai peniaga, besar kemungkinan mereka diselubungi krisis dan terdesak memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Kena memahami pihak sana juga," kata warga maya.