KUALITI perkhidmatan di restoran seharusnya diutamakan untuk memastikan kepuasan pelanggan.
Namun pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi hospitaliti sesebuah kedai makan itu, antaranya jumlah pelanggan pada waktu tertentu dan bilangan kakitangan bertugas.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan layanan biadab yang diterimanya ketika singgah ke sebuah gerai.
Banyak cabaran menanti ketika mengusahakan restoran. -Gambar hiasan
Dakwa lelaki itu, pekerja di gerai terbabit dilihat bersikap acuh tak acuh apabila menyediakan pesanan serta gaya percakapannya langsung tidak mencerminkan rasa hormat.
"Saya bersama anak singgah di sebuah gerai di hentian rehat dan rawat (R&R). Waktu masuk je gerai dah dapat layanan kurang elok. Ayat pertama yang kami dengar... hah, nak apa?
"Saya pun cakap nak dua sirap ais, satu laici ais dan satu limau ais. Dengan muka ketat, pekerja tu ambil dua gelas dan mula buat air sirap. Selepas dah siap air sirap, dia tanya begini... lagi apa?
ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak halalkan 20 sen terbantut, peniaga air tiba-tiba disergah pelanggan... Tak puas hati dapat duit koyak!
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok
"Sejujurnya ketika itu saya agak panas hati, nampak dia macam tak bersungguh melayan kami, tapi saya sabar lagi. Saya pun cakap laici ais dan limau ais. Apabila dah siap laici ais, dia ulang soalan sama... lagi apa?
"Geram weh telinga ni mendengar, mahu nak melenting je, tapi sebab fikir ini air yang terakhir, saya teruskan bersabar. Saya cakap limau ais. Pada waktu sama, anak berbisik dekat saya... biadabnya dia," ujar lelaki itu.
Walaupun begitu, lelaki berkenaan tidak bertindak mengikut emosi kerana mendapati gerai itu mempunyai satu isu yang bermungkinan menjadi punca pekerja terbabit bersikap sedemikian.
Tiada siapa paksa kita bekerja, kalau rasa diri tak mampu untuk berikan yang terbaik... boleh bagi peluang kepada orang lain.
WARGA MAYA
"Saya pun cakap dekat anak, jangan menilai seseorang pada dirinya, tapi nilai la perbuatannya. Pekerja ni bukan biadab tapi sedang melepaskan amarah kepada orang yang salah. Sejak mula sampai, saya dah perhatikan setiap sudut gerai ni.
"Saya perasan ada tiga orang pekerja di dalam gerai, tapi dua orang sibuk bersembang sambil tengok video TikTok dalam telefon. Pekerja yang berurusan dengan kami tu la ambil order, buat air, buat makanan dan jadi juruwang.
"Tak pasti dua lagi pekerja tu tengah waktu rehat ke macam mana, tapi seorang lagi pekerja tu mesti bengang kalau kena buat semua benda sendiri. Cuma dia melepaskan kemarahannya kepada orang yang salah iaitu kami," jelas lelaki tersebut.
Pelayar bertukar pandangan.
Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat terpesona dengan pemerhatian lelaki itu dan turut bersama mengambil pengajaran.
"Baguslah awak ni, awak cuba tengok kebaikan dalam diri seseorang tu sebelum nak judge. Bukan semua orang ada tahap kesabaran macam awak, kalau saya memang dah naik darah tu.
"Tiada siapa paksa kita bekerja, kalau rasa diri tak mampu untuk berikan yang terbaik, boleh bagi peluang kepada orang lain. Ramai lagi yang mahu mencuba, tak wajar lepaskan kekusutan dekat pelanggan," kata pelayar.