suria

Suami lafaz talak lepas dimarahi isteri sebab belikan rumah untuk ibu... Famili sendiri menyewa, pasangan bayar bulanan

Hubungan suami isteri boleh renggang kerana campur tangan mentua. -Gambar hiasan

UJIAN dalam perkahwinan bagai lumrah yang perlu dihadapi oleh mereka yang sudah berkahwin namun banyak juga pasangan yang gagal, sekali gus mengakhiri ikatan dengan penceraian.

Selain suami atau isteri, anak antara individu yang turut terkesan akibat perceraian yang mana mereka kebiasaannya akan terkejut, sedih, hampa dan bimbang berdepan situasi ini.

Begitulah dilema seorang wanita yang masih mencari-cari kaedah terbaik untuk memaklumkan kepada anak-anak bahawa dia dan suami telah berpisah.

Perselisihan faham adalah lumrah dalam kehiduapan rumah tangga. - Gambar hiasan

Perselisihan faham adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Hari ni dah mula sebak sebab saya tengok CCTV (kamera litar tertutup) kat rumah bekas suami peluk dan cium anak-anak sebelum mereka pergi sekolah.

"Saya tak tahu macam mana nanti saya balik rumah nak hadap dan beritahu anak-anak yang ayah mereka dah lepaskan saya. Moga diri saya kuat tak lembik bila jumpa nanti. Belum jumpa saya dah sebak," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang tiba-tiba, akhirnya cerai isteri dari overseas! Kisah terbongkar lepas baca 'surat cinta', tulis sebelum meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Rumahtangga berantakan, cerai atau bertahan? Ini jawab ustazah... kata kuncinya ‘sayangi diri sebelum minta disayangi lelaki’

Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendakwa dia terpaksa berpisah walaupun lelaki berkenaan merupakan seorang bapa serta suami yang baik.

"Dia sangat baik, cumanya dia memang tak boleh lukakan hati mak dia walaupun dia tahu mak dia salah. Dia tetap akan cakap 'awak ni dengan mak saya pun nak ambil hati' sedangkan saya tak pernah la nak cari pasal," katanya.

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata bertanyakan punca sebenar penceraian wanita berkenaan.

Tak tahu macam mana nanti saya balik rumah nak hadap dan beritahu anak-anak yang ayah mereka dah lepaskan saya.

IBU

Menerusi satu lagi hantaran berbeza, wanita itu memaklumkan suaminya tidak menyediakan tempat tinggal untuk mereka sekeluarga sebaliknya membeli rumah untuk ibunya sahaja.

"Suami saya menjatuhkan talak kepada saya hanya kerana saya sangat tak boleh terima yang dia tak mampu sediakan rumah untuk saya tapi dia belikan rumah untuk mak dia. Jadi untuk apa saya berada dalam rumah tangga kan?" katanya.

Menyediakan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami. - Gambar hiasan

Menyediakan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami terhadap isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

Netizen turut mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan apabila bekas suaminya membeli rumah untuk ibu sedangkan itu juga salah satu tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa.

"Rumah duduk sekarang, rumah saya. Saya yang bayar, bila saya minta dia tolong bayar dia kata dia tak mampu tapi belikan mak rumah mampu pula.

"Kenapa untuk mak dia boleh belikan, kenapa anak isteri kena menyewa? Saya rasa tak patut. Kalau memang tak mampu okay je, masalahnya mampu," luahnya.

Tambah wanita itu, sepanjang 11 tahun perkahwinan mereka sekeluarga berdepan banyak ujian melibatkan ibu mentuannya dan atas beberapa faktor lain dia membuat keputusan untuk bercerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain