SETIAP anak berhak untuk menerima layanan yang baik dan adil daripada ibu bapa.
Namun dalam sesetengah keluarga, wujud jurang yang ketara atau sikap pilih kasih apabila ada anak dilayan teruk berbanding adik-beradik lain.
Situasi sebegini bukan sahaja akan melukakan hati si anak, malah boleh menjejaskan hubungan dengan keluarga apabila mereka dewasa.
Ibu yang mengamalkan sikap pilih kasih boleh menyebabkan anak membesar dengan rasa dendam. -Gambar hiasan
Di TikTok, seorang gadis meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya yang dilayan kasar oleh ibu kandungnya.
"Aku pernah urus majlis kahwin adik aku dari A sampai Z. Pada hari majlis, mak aku herdik aku, tengking aku kuat-kuat depan kawan-kawan aku sampai mereka terdiam.
"Hanya sebab aku lupa nak letak door gift untuk pihak lelaki atas meja. Aku masuk bilik, kunci pintu dan menangis sambil pegang pisau.
Duduk dengan mak tu memanglah bagus, tapi aku kena bayar pakai mental aku.
ANAK
"Kawan aku ketuk pintu bilik dan tenangkan aku. Memang ada kawan aku perasan yang mak aku layan aku sangat lain dengan adik-beradik aku," imbasnya.
Lebih membuatkan dia kecewa, ahli keluarganya juga tidak pernah meminta maaf atas apa yang berlaku sehinggalah ke hari ini.
Luka yang mendalam itu ternyata meninggalkan kesan emosi berpanjangan sehingga pengadu mula mengasingkan diri daripada keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan dendam, tapi tak lupa kisah mi segera... Cucu mangsa pilih kasih enggan sedekah al-Fatihah untuk arwah datuk
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’
"Malangnya, tak ada seorang pun yang minta maaf untuk itu. Maka aku memilih untuk tidak lagi libatkan diri dalam apa-apa urusan keluarga. Group family pun aku dah left.
"Aku lebih tenang. Duduk dengan mak tu memanglah bagus, tapi aku kena 'bayar' pakai mental aku," tulisnya mengakhiri perkongsian yang tular itu.
Di ruangan komen, ramai anak yang menjadi mangsa pilih kasih turut berkongsi kisah hitam masing-masing.
Setiap anak perlu dilayan dengan adil. -Gambar hiasan
Malah, mereka turut mendoakan pemilik TikTok itu agar dia terus kuat meneruskan hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
"Ya, duduk dengan mak memang bagus. Tapi kena 'bayar' pakai mental.
"Saya fikir saya seorang saja ada mak toksik, rupanya ramai lagi di luar sana," tulis netizen.