MEMBACA al-Quran bukan sahaja membawa ketenangan dan keberkatan, malah turut menjadi ladang pahala bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Di aplikasi TikTok, tular video seorang gadis berbaju kurung hijau yang sedang membaca al-Quran ketika menggunakan LRT.
Menerusi video itu, dia dilihat khusyuk membaca kitab suci al-Quran bersaiz kecil walaupun terpaksa berdiri di dalam tren yang sedang bergerak.
Membaca al-Quran di waktu lapang merupakan salah satu cara mudah untuk meraih pahala. -Gambar hiasan
Video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok hingga kini menerima hampir dua juta tontonan.
Sementara itu menurut komen yang ditulis individu dikenali sebagai Nadirah Aisyah, gadis dalam video tersebut merupakan salah seorang peserta kempen #Qurantaktinggal.
"Dia bukan hafizah, tapi dia sertai kempen kami #Qurantaktinggal. Boleh singgah story dan posting saya.
Aku tak cemburu dengan wanita cantik, tapi aku cemburu dengan wanita solehah seperti ini.
NETIZEN
"Terima kasih tularkan. Jom yang mana belum mula, kita mulakan sekarang," tulis individu itu.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji gadis itu yang mengisi masa lapang di dalam tren dengan membaca al-Quran.
Malah ramai yang turut meluahkan rasa 'cemburu' melihat peribadi mulia individu dalam video tular itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hafal al-Quran sambil ‘push rank’ Mobile Legend! Remaja SPM ini dilabel ‘rare’, netizen syak teknik elak mencarut
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz suka ‘menekan-nekan’, nak tengok bibir wanita baca al-Fatihah... Ramai pertikai cara pendakwah ini betulkan bacaan ayat al-Quran
"Aku tak cemburu dengan wanita cantik, tapi aku cemburu dengan wanita solehah seperti ini.
"Serius aku cemburu dengan orang yang macam ni... jahilnya aku.
Biasanya ramai penumpang akan menghadap telefon ketika menaiki tren. -Gambar hiasan
"Yang ni kalau mas kahwin RM50,000 pun orang sanggup, al-Quran sentiasa kat tangan," tulis netizen.
Namun, ada juga yang mempertikaikan tindakan pemilik video itu yang memuat naik rakaman ke aplikasi TikTok.
"Janganlah rakam. Nanti dia tahu viral, tak baca dah dalam LRT sebab malu," tulis netizen lagi.