suria

Bakal mentua buat hal sebulan sebelum nikah! Merengek minta anak beli kereta guna duit hantaran, saran batal kahwin

Fasa pertunangan biasanya penuh dengan ujian. -Gambar hiasan

DARAH manis adalah metafora bagi menggambarkan keadaan seseorang dalam fasa pertunangan dan bakal berkahwin.

Dalam fasa ini, setiap pasangan bertunang akan berkenalan sesama sendiri dengan lebih mendalam sebelum diijab kabul.

Peringkat ini juga dikatakan fasa genting kerana mereka akan berdepan banyak ujian.

Begitu juga dengan wanita ini yang berdepan ujian sehingga ragu-ragu sama ada mahu meneruskan atau memutuskan ikatan pertunangannya.

Berusia 26 tahun, wanita ini berkata sepanjang enam bulan bertunang dengan jejaka berumur 27 tahun, pelbagai ujian dihadapi mereka, namun ujian paling berat apabila membabitkan bakal mentua.

Ujian bertunang boleh menyebabkan keretakkan dalam perhubungan. - Gambar hiasan

Ujian bertunang boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan. -Gambar hiasan

"Lagi sebulan kami nak nikah tetiba mak ayah dia nak pinjam nama buat pinjaman kereta untuk buat Grab. Masalahnya kereta mak ayah dia ada je dan mereka tak kerja. Semua bil air, elektrik, barangan dapur tunang yang tanggung sepenuhnya. Adik beradik dia tak membantu.

"Saya nasihatkan jangan bagi guna nama atau saya sanggup mengalah bantu bagi duit bulanan asalkan batal pinjaman kereta. Tapi dia tak nak, keluarga dia menangis nak kereta juga dan dia berkeras nak tolong mak ayah," kongsinya di media sosial.

Katanya, disebabkan perkara ini tunangnya berubah sepenuhnya daripada seorang lelaki yang lembut berbicara dan sentiasa tersenyum menjadi individu keras kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah... Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilema nak nikah, tunang kaki hutang tapi jenis liat bayar... Risau kena tanggung ‘loan’ isteri lepas kahwin

"Keluarga dia minta balik barang hantaran (tunang) dan hina mak saya hingga menangis. Saya tak nak kongsi apa yang mereka katakan mengenai mak saya kerana ia sangat kasar.

"Hakikatnya apa yang membuatkan tunang saya tertekan kerana mak dan adik beradiknya kerap meminta duit daripada dia," katanya.

Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendakwa sebelum ini tunangnya tidak pernah mempunyai simpanan dan dialah yang mengajar lelaki berkenaan menabung untuk perkahwinan.

Allah dah bagi petunjuk untuk apa yang akan awak hadapi jika masih nak teruskan hubungan itu.

NETIZEN

"Namun jadi perkara sebaliknya, apabila maknya minta dia selesaikan hutang keluarga mereka dan pada masa yang sama kena menanggung perbelanjaan keluarga.

"Setiap kali gaji dia akan beri duit kepada keluarga tapi maknya kata tak cukup. Dia tak pandai menolak dan berkorban demi keluarga hingga mak dia minta duit simpanan kahwin," katanya.

Selain itu, ibu dan bapa tunangnya juga menuduhnya sebagai perempuan yang tidak matang, suka mengawal dan kuat cemburu.

"Mereka kata 'tak payah kahwin la, duit hantaran tu baik kau tolong mama dan adik beradik kau," katanya.

Wanita ini berkata, tujuan dia meluahkan masalah ini di media sosial kerana tertekan dan berada dalam dilema sama ada perlu atau tidak dia mempertahankan hubungan mereka.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpandangan wanita itu perlu memutuskan pertunangan mereka kerana jika diteruskan mungkin akan membawa masalah di alam perkahwinan.

"Sejujurnya benda ni tak kan berhenti sehingga kau kahwin. Jadi kalau rasa tak boleh hadap, awal-awal undur diri bukan senang nak hadap kecuali tunang kau kental.

"Famili dah kena hina dan kutuk pun masih tadah muka? Benda ni tak kan habis sampai kau dah kahwin atau sampai mati sekali pun. Ramai lagi laki yang bertanggungjawab.

"Jangan, lepaskan. Perkahwinan ni lama dik. Sampai seumur hidup. Kalau famili belah sana dah burukkan dan hina famili kita sendiri, sebolehnya, beredarlah dari kelompok manusia yang sebegitu.

"Allah dah bagi petunjuk untuk apa yang akan awak hadapi jika awak masih nak teruskan hubungan itu," antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain