suria

Lelaki berpoligami kongsi cara isteri nak kesan suami kahwin dua! Rupanya ada perubahan ketara bila ‘atas katil’

Suami mengelak melakukan hubungan intim antara petunjuk poligami. -Gambar hiasan

TIDAK semua isteri ingin dimadukan kerana rata-rata mereka tidak mahu berkongsi kasih sayang dan perhatian suami.

Begitu juga dengan seorang wanita yang kini gundah gulana kerana merasakan suaminya sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui kaedah untuk menyemak status perkahwinan suaminya sama ada benar atau tidak sudah bernikah buat kali kedua.

Poligami menuntut suami berlaku adil kepada setiap isteri. - Gambar hiasan

Poligami menuntut suami berlaku adil kepada setiap isteri. -Gambar hiasan

"Desas desus mengatakan suami sudah ada dua orang anak tanpa pengetahuan saya. Suami sanggup bersumpah demi Allah menyatakan dia tiada hubungan dengan perempuan lain.

"Mohon sesiapa yang arif dan tahu macam mana saya nak semak status suami saya. Adakah kena semak di Jabatan Pendaftaran Negara?" kongsinya di media sosial.

Jelasnya, dia benar-benar mahukan kepastian kerana sebelum ini kerap ditipu oleh suami.

Perkongsian itu mendapat perhatian seorang lelaki yang mengakui mempunyai dua isteri dan berkongsi tip untuk wanita itu mengesan sama ada dia dimadukan atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hidup miskin kahwin 2, tetap bahagia walau keadaan rumah daif! Sempat kongsi tip poligami

ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang

"Secara fizikal kalau syak dah nikah ajak dia jimak. Kalau air mani dia sikit sangat boleh dikatakan ya juga cuma lelaki masih boleh 'pusing' (tipu).

"Tengok dia keluar rumah berapa hari, minggu ke berapa kebiasaanya dia hilang, bila dia balik terus ajak jimak. Setiap bulan buat macam tu," katanya.

Yang ni saya setuju, sebab apa yang awak cakap memang betul.

ISTERI

Jelasnya, walaupun kaedah itu dilihat kecil atau ringkas tetapi ia mungkin membantu isteri mengenal pasti suami mereka berkahwin dua.

"Kalau setiap kali dia hilang dan balik rumah ajak jimak dia mengelak tanda juga tu. Dia akan semangat berjimak bila dapat isteri baru, dalam erti kata lain akan pulun untuk memuaskan isteri baru.

"Jadi bila dah habis air dan penat salurkan pada isteri baru, nafsu dah menurun dan balik ke rumah isteri pertama dia malaslah nak layan jimak," katanya.

Bukan semua isteri rela dimadukan. - Gambar hiasan

Bukan semua isteri rela dimadukan. -Gambar hiasan

Dia turut memaklumkan terdapat petunjuk lain apabila seorang lelaki itu berkahwin lebih dari satu, namun enggan berkongsi.

"Tanda besar saya tak boleh kongsi sebab susah laki-laki yang niat nak poligami nanti senang kantoi," katanya.

Jawapan yang diberikan lelaki itu dipersetujui wanita berkenaan dan nalurinya kuat menyatakan suaminya sudah berkahwin lain.

"Yang ni saya setuju, sebab apa yang awak cakap memang betul. Naluri perempuan sebagai isteri lagi tahu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain