DALAM perkahwinan, kepercayaan dan kesetiaan adalah asas utama yang mengukuhkan hubungan suami isteri.
Namun, apabila orang ketiga mula mengganggu, kebahagiaan yang dibina boleh runtuh sekelip mata.
Di TikTok, tular kisah seorang ibu kepada lima cahaya mata yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.
Kesetiaan dan kejujuran merupakan kunci utama kebahagiaan. -Gambar hiasan
Menurut pemilik akaun TikTok itu yang dipercayai seorang peguam, wanita berkenaan diceraikan suaminya kerana kehadiran orang ketiga.
"Suami ceraikan isteri talak tiga di rumah sebab isteri tak nak pergi mahkamah syariah, isteri tak nak bercerai. Dia tak nak anak-anak hilang kasih sayang ayah.
"Perkahwinan 12 tahun dikurniakan lima anak. Isteri tak kerja, suri rumah sepenuh masa. Suami nak sangat bercerai sebab nak kahwin dengan janda.
Janda tu bagi dia ketenangan, pandai layan, pandai masak.
PEMILIK TIKTOK
"Janda tiada anak, kerja kerajaan. Banyak tolong dia (suami) masa dia susah tiada duit," cerita individu itu.
Lebih mengejutkan, pemilik TikTok itu mendedahkan lelaki tersebut berkenalan dengan janda berkenaan menerusi aplikasi TikTok.
Selepas sah cerai talak tiga, lelaki itu juga didakwa menghalau bekas isteri serta kesemua anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang tiba-tiba, akhirnya cerai isteri dari overseas! Kisah terbongkar lepas baca 'surat cinta', tulis sebelum meninggal
ARTIKEL BERKAITAN: Suami lafaz talak lepas dimarahi isteri sebab belikan rumah untuk ibu... Famili sendiri menyewa, pasangan bayar bulanan
"Enam bulan kenal di TiKTok. Janda tu bagi dia ketenangan, pandai layan, pandai masak. Janda tu minta dia ceraikan isteri sebab tak nak bermadu.
"Kedua-dua keluarga pun setuju nak kahwinkan mereka sebelum raya. Pengesahan lafaz cerai talak tiga sah jatuh sebab suami memang berniat dan dalam keadaan sedar.
"Isteri dan anak-anak dihalau keluar dari rumah. Rumah tu dibeli semasa suami bujang. Semoga dipermudahkan urusan puan, kuat ya puan," tulis individu itu lagi.
Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan
Menjawab soalan netizen di ruangan komen, pemilik TikTok memaklumkan wanita itu kini mempunyai tempat tinggal dan sudah mendapat pekerjaan.
Ramai netizen di ruangan komen menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu atas tindakan kejam bekas suaminya.
"Ya Allah, kuatkanlah kakak tu. Bukan senang nak kerja, anak kecil lagi.
"Semoga akak tu dan anak-anaknya sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki," tulis netizen.