suria

Wanita nak nikah kali kedua, orang lain bantah tapi ibu mentua penyokong kuat! Sayang suami baharu macam anak sendiri

Kasih sayang mentua terhadap menantu kekal utuh walaupun sudah berkahwin baru. -Gambar hiasan

TANYALAH mana-mana wanita, antara perkara yang ditakuti mereka sebaik melangkah ke alam perkahwinan adalah berdepan ibu mentua, lebih-lebih lagi terpaksa tinggal sebumbung.

Ibu mentua pada tanggapan awal diibaratkan sebagai ibu tiri yang tegas dan garang justeru sedikit kesilapan mungkin boleh mengundang kebencian.

Tidak dinafikan ada ibu mentua bersikap seperti itu tetapi ada ada juga yang menyayangi menantu lebih daripada segalanya.

Silaturahim mentua, menantu perlu dijaga dengan baik demi kebahagian semua. - Gambar hiasan

Silaturahim mentua, menantu perlu dijaga dengan baik walau apa pun yang berlaku. -Gambar hiasan

Situasi indah itu dialami seorang wanita yang telah kematian suami beberapa tahun lalu tetapi sangat rapat dengan ibu mentua.

Jelas wanita itu, kasih sayang ibu mentua terhadap dirinya dan anak-anak tidak pernah berubah malah turut menyayangi suami baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tinggal dekat dengan rumah mak ayah, mentua lebih untung? - “Bila gaduh senang nak nasi tambah”

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka banding wajah, siapa lebih comel... Menantu terpaksa ‘sound’, asyik suruh picit hidung cucu baru lahir nak bagi mancung

"Aku dua kali kahwin, suami pertama meninggal dunia sebab Covid-19. Tak sampai setahun, aku kenal seseorang dan teka apa yang berlaku?

"Mak mentua aku yang paling sokong aku kahwin semula, sedangkan orang sekeliling hukum aku lupakan arwah anak dia," kongsinya di media sosial.

Antara rezeki hidup adalah dapat mak mentua dan ipar biras yang baik, tak toksik.

NETIZEN

Wanita itu juga tidak menyangka ibu mentuanya turut mengganggap suami barunya itu seperti anaknya sendiri.

"Laki aku sekarang siap boleh lepak rumah mak mentua aku walaupun aku tiada ya. Punya la baik mak mentua aku ni. Aku sayang mak macam ibu kandung sendiri," katanya.

Perkongsian itu mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen yang masing-masing berpandangan dia sangat bertuah memiliki ibu mentua sedemikian.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

"Biasanya cerai mati ni silaturahim lebih terjaga antara cerai hidup tak sama, mungkin sebab sengketa sebelum penceraian.

"Apa pun Alhamdulillah syukur ada mak mentua yang baik, walau macam mana sekalipun dia memang tetap mak awak sampai bila-bila.

"Antara rezeki hidup adalah dapat mak mentua dan ipar biras yang baik dan tak toksik.

"Alhamdulillah. Nanti minta petua, macam mana nak jadi mak mentua macam mak mentua awak ni. Mesti ramai nak jadi mentua disayangi menantu kelak," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain