MEMILIKI wang yang berkat, diperolehi dari sumber yang halal adalah perkara penting untuk umat Islam.
Disebabkan 'berkat', individu bergaji rendah atau sederhana tidak pernah berasa susah malah sentiasa berasa cukup dengan wang yang mereka ada.
Keberkatan itu mungkin dikurniakan kerana mereka sering membuat kebaikan seperti banyak bersedekah, tidak curi tulang ketika bekerja atau tidak lokek berbelanja untuk ibu bapa atau ahli keluarga.
Di laman sosial, seorang wanita bingung dengan sikap ibu kekasih yang selamba meminta wang daripadanya atas alasan gaji diterima lebih berkat.
Seorang wanita terkejut ibu kekasih suka meminta wang daripadanya. -Gambar hiasan
Bukan itu sahaja, seorang rakan kekasih yang menyewa di rumah bakal mentua turut berdepan nasib sama.
“Aku nak tanya pendapat korang, perlu ke aku bagi duit pada mak boyfriend aku? Alasan dia (ibu teman lelaki) adalah untuk ambil berkat kalau nak rezeki aku lancar.
“Bukan dengan aku je dia minta bahkan dengan kawan boyfriend aku sekali tau. Alasan yang sama tapi dia pakai ayat lain untuk buat member tu rasa bersalah. Member tu mak dia dah meninggal tau.
“Mak boyfriend aku cakap ganti la mama (ibu teman lelaki) dengan arwah. Semata-mata nak duit je konon bagi duit pada dia berkat. Ya Allah teruk sangat perangai orang tua ni,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘diuji’ mak ayah GF! Selepas 2 tahun kumpul wang hantaran RM18,000, minta beli rumah pula baru boleh nikah
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis nak terbang ke Dubai, bakal bapa mentua ajak jumpa... Semua kos ditanggung, duit ’shopping’ pun dapat!
Wanita itu juga gusar mengenangkan nasib diri jika dia meneruskan perancangan untuk berkahwin dengan teman lelakinya.
Dia terfikir sedangkan dalam fasa ini pun ibu kekasihnya sudah meminta-minta wang atas alasan keberkatan rezeki, apatah lagi selepas dia bergelar menantu.
“Ya Allah macam mana la kalau dah kahwin dengan dia (teman lelaki) nanti. Sedangkan sekarang mak dia minta aku duit dengan alasan rezeki aku akan berkat.
“Aku tak tahu nak nangis ke nak marah ke nak gelak. Aku gaji tak pernah lupa ibu bapa aku,” jelasnya.
“Ya Allah macam mana la kalau dah kahwin nanti. Sedangkan sekarang mak dia (teman lelaki) minta aku duit.
BAKAL MENANTU
Wanita itu berkata dia cuba untuk berbincang secara baik dengan teman lelaki namun dirinya pula dimarahi.
“Dia just cakap pada aku tentang adab dan tindakan aku buat mak dia macam budak-budak, itu sahaja.
“Jadi, aku mencadangkan jika aku memberi ibunya duit, dia juga perlu beri duit pada mak aku. Kita sama-sama ambil berkat. Agak-agak apa perasaan mak dia,” jelasnya.
Individu ini turut memuat naik tangkap layar WhatsApp yang dihantar oleh ibu teman lelakinya.
Tangkap layar mesej ibu teman lelaki.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi warganet.
"Oh acik baru tau boleh mintak duit kat BF anak. Jap nak WhatsApp BF anak bagi QR terus lagi pantas.
"Boyfriend you marah balik? Then what he said? Red flag sangat sis.
"Syukur sebab mak boyfriend tunjuk perangai awal. Break je la. Just imagine kalau dah jadi menantu," antara komen diberi warganet.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube