SIAPA yang tak terkilan jika cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian sebaliknya si dia memilih orang lain untuk dijadikan pasangan hidup.
Itulah takdir yang harus diterima oleh seorang wanita yang dikecewakan seorang pemuda yang memberi harapan palsu apabila memilih untuk terus kekal bersama kekasihnya.
Berkongsi cerita sedihnya, wanita itu berkata dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja dekat dengan tempat kerjanya.
Mengakui mengetahui lelaki tersebut sudah mempunyai teman istimewa tetapi dia pada mulanya menganggap hubungan mereka berdua sekadar kawan biasa.
"Lama-lama dia cakap dia suka dan sayang kita. Dia suka sejak 2020 macam tu dan saya pun dah mula suka dia. Yang salah tetap salah. I know that
"Tetapi saya pernah ada di situasi teman lelaki curang dan saya tidak buat apa-apa. Saya lepaskan dia pergi. Mungkin itu proses dia bertemu jodoh. Alhamdulilah dia dah kahwin," katanya.
Seorang wanita terpedaya dengan ayat manis seorang lelaki. -Gambar hiasan
Wanita itu menyangka, teman wanita kepada lelaki itu akan melakukan tindakan sama dengannya, justeru dia meneruskan hubungan cinta dengan pemuda tersebut.
"Saya pun tak boleh nak halang perasaan sendiri dan saya tahu ia salah tetapi dia cakap dia putus dengan teman wanita dia. Saya tahu salah saya dan sudah tentu salah lelaki itu.
"Jika kau tak mula apa-apa, semua benda tak kan jadi. Bila dia cakap dah putus, kami pun memang together (bersama) walaupun tak declare (mengesahkan) apa-apa tetapi dia sentiasa cakap saya ni teman wanita dia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kajian dapati curang berlaku kerana faktor hormon, genetik... Lelaki 'suara dalam' cenderung main kayu tiga
ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh berhenti, terlalu selesa” - Wanita sedar diri ‘sondol’ suami orang, tapi enggan undur demi jaga perasaan sendiri
Namun, segalanya terbongkar apabila lelaki itu menerima mesej ucapan hari lahir daripada wanita tersebut dan ucapan itu dibalas dengan ungkapan 'terima kasih sayang'.
"Saya tak boleh kawal emosi, saya mesej perempuan tu dan cakap awak boleh ambil lelaki itu semula. Masalah itu berlarutan sampai sekarang dan dah nak masuk setahun pun. Sekarang dia duduk jauh dan kami setiap minggu akan berjumpa.
Luahan wanita terbabit.
"Namun, saya tengok perempuan tu masih belum padam apa-apa pasal lelaki kat socmed (media sosial). Saya tanya kenapa masih ada gambar awak, dia cakap saya tak tahu dan tiada apa-apa hubungan dengan perempuan berkenaan," katanya.
Kepercayaan itu lama kelamaan semakin terhakis apabila lelaki yang dianggap kekasih masih berhubung dan keluar bersama wanita itu yang kononnya sudah putus hubungan.
Kalau kau mampu buat pilihan dari dulu , kau tidak akan sakitkan dua wanita.
WARGA MAYA
"Dia boleh cakap dia nak hentikan hubungan dengan saya depan wanita itu. Kau boleh je cakap semua ni dari tahun lepas. Tapi kau bagi harapan setinggi gunung. Mati-mati kau yakinkan aku kau dengan dia tiada apa-apa.
"Aku tak salahkan perempuan tu asyik hubungi kau dan keluarga. Yang salahnya memang kau. Kalau kau mampu buat pilihan dari dulu , kau tidak akan sakitkan dua wanita. Semua dah terlambat sekarang.
"Hati pun dah sayang apa semua. Apa-apa pun memang salah dari diri sendiri," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube