suria

Adik menganggur guna kereta sampai sejam untuk beli barang, kakak tinggal RM50 ringgit... pening nak cari duit sudahlah gaji lambat lagi

Kakak tertekan, adik guna kereta tak isi semula minyak. -Gambar hiasan

DALAM kalangan adik beradik, kebiasaannya akan ada seorang yang bersifat pemurah dengan keluarga, di mana mereka tidak lokek berkongsi masa, wang ringgit dan barang peribadi.

Biasanya, individu begini sentiasa diberi ketenangan walau sering berbelanja dan dikatakan kerap mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Namun, dalam kalangan adik beradik atau ahli keluarga juga, wujud individu yang hanya tahu meminta-minta dan mengambil kesempatan.

Seperti pengalaman seorang wanita berstatus kakak ini, dia mempunyai adik yang suka menggunakan keretanya tanpa mengisi semula minyak.

Hubungan antara adik beradik boleh menjadi keruh kerana sikap sambil lewa. - Gambar hiasan

Hubungan antara adik beradik boleh menjadi keruh kerana wang dan harta. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, dia bukanlah kedekut atau berkira dengan adik tetapi tidak mempunya duit lebih untuk mengisi minyak kereta yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Aku dah cakap aku tak ada duit, tinggal RM100 je. Aku dah isi minyak kereta RM50, penuh tangki.

“Adik aku datang pinjam kereta dengan alasan nak beli barang. Aku ingat nak pergi dekat je rupanya jauh dekat sejam dia keluar beli satu barang yang boleh dapat dekat kawasan rumah.

“Sedih. Aku dah cakap minyak tak ada, tengok dia (adik) tak isi semula sebab tak kerja. Malang betul hidup aku,” luahnya, hampa.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi abang ‘sambung bayar’ kereta, senyap-senyap pergi jual! Adik merana tanggung tunggakan RM10,000

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dah ‘barai’, selepas 20 tahun adik masih diburu bank gara-gara tolong buat loan! Abang culas bayar ansuran hidup senang lenang

Wanita ini juga memberitahu, dia terpaksa berjimat dalam berbelanja kerana tempoh untuk mendapat gaji bulan hadapan masih panjang.

Jelas ibu kepada dua anak ini lagi, dia juga sudah berulang kali memberitahu adiknya bahawa dirinya kesempitan wang namun tindakannya itu sia-sia.

“Dia (adik) cakap saat akhir dan terus ambil kunci kereta. Aku dah cakap banyak kali siap pertikai kenapa pergi jauh-jauh tapi dia tak mengaku.

“Aku hanya mampu menangis mengadu pada suami dan dia minta bersabar. Sekarang ni aku perlu fikir mana nak ‘cekau’ duit belanja,” ujarnya.

Aku dah cakap aku tak ada duit, tinggal RM100 je. Aku dah isi minyak kereta RM50, penuh tangki.

KAKAK

Menjengah ke ruangan komen, wanita ini memberitahu dia enggan bergaduh dengan adiknya kerana mereka sudah tidak mempunyai ibu bapa.

“Aku tak mahu cakap yang tak baik sebab bukan budak-budak lagi. Dah nak masuk 35 tahun.

“Malah, benda yang paling tajam adalah kata-kata dan aku tak nak sakitkan hati siapa-siapa sebab sampai bila-bila pun orang akan ingat,” jelasnya.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet bahkan ramai yang menyarankan wanita ini supaya berterus terang dengan adiknya.

Ada segelintir individu yang ambil mudah tentang tanggungjawab terhadap penjagaan kenderaan. - Gambar hiasan

Mengisi minyak kereta juga termasuk dalam komitmen bulanan. -Gambar hiasan

Ada juga yang mendoakan wanita ini dimurahkan rezeki kerana tidak berkira dengan adik beradik.

“Dugaan adik beradik. Pernah mengalaminya, kadang nak marah sangat, tapi fikir adik beradik telan rasa semua tu.

“Memang wujud manusia macam ni. Dia faham tapi buat-buat tak faham. Bersabarlah awak. Semoga dipermudahkan semua urusan awak.

“Normal tu, kena reda je. Biasa kena bila isi tangki penuh ada je yang guna, mana tau dalam keredaan ada rezeki lain hadir sebab rezeki lain tu rahsia-Nya. Anggap ujian itu dari-Nya.

“Angin betul macam ni. Dah hujung-hujung tak ada duit, dia guna sampai sejam pula. Kalau saya, dah menangis dah dekat situ.

“Sama la awak, saya chat orang yang hutang saya sebab saya betul-betul tak ada duit. Nak isi minyak tinggal RM10. Dua hari saya chat siap beri QR, dia seen je. Lepas tu saya reda," antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain