suria

Bukan malas ‘scan’ QR tapi nak tahu menu... Pelanggan kecewa pelayan kedai enggan ambil pesanan, persoal tujuan caj perkhidmatan

Banyak restoran mula menggunakan sistem imbasan kod QR untuk memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN sistem imbasan kod QR untuk tujuan memesan makanan dan membuat pembayaran di restoran semakin diterima ramai.

Namun, kaedah itu turut menimbulkan rasa kurang selesa khususnya dalam kalangan orang tua yang tidak memiliki kemahiran teknologi seperti anak muda.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Zetty berkongsi pengalamannya menjamu selera di sebuah restoran yang menggunakan sistem itu.

pelayan_1

Segelintir pelanggan lebih suka dengan kaedah lama untuk memesan makanan. -Gambar hiasan

"Saya pergi makan tengah hari dengan seluruh keluarga, ramai-ramailah kan. saya minta pelayan untuk ambil order

"Lepas tu dia cakap kena order melalui imbasan kod QR saja. Ramai-ramai nak order melalui QR agak lecehlah," ujarnya.

Tambah Zetty, dia tidak boleh membayangkan sekiranya orang tua seperti ibu bapanya yang terpaksa berdepan situasi itu.

Tak semua orang tua celik teknologi untuk tekan-tekan.

ZETTY

"Lepas tu saya terfikir kalaulah ibu apa saya pergi berdua saja, orang tua, umur dekat 70 tahun macam mana mereka nak order guna QR?

"Samalah macam kedai yang kena order dekat booth (mesin layan diri) tu kan, tak semua orang tua celik teknologi untuk tekan-tekan," ujarnya lagi.

Seorang lagi lelaki, dipercayai ahli keluarganya turut membebel mengenai isu itu menerusi video yang dimuat naik oleh Zetty.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga serik buat urus niaga COD, dakwa pelanggan lelaki menyamar jadi wanita niat nak samun

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kedai makan gelakkan TikToker, ‘followers’ hampir sejuta tapi jadi rider gara-gara ‘job tak lebat’

"Nak order makanan tapi kena QR, tak boleh panggil pelayan. Caj perkhidmatan berapa pula? Tapi sudah tentulah ada caj perkhidmatan tu untuk orang dia nak layan kita.

"Apa yang saya mahukan di sini, kamu (restoran) beri kami pilihan samada nak guna QR atau pelayan ambil order. Saya tak pergi restoran ini setiap hari, saya tak tahu makanan apa mereka jual. 

"Saya nak tanya perbezaan antara makanan itu dan ini. Sebab itu saya perlukan mereka. Ia bukanlah sebab saya tak mahu atau tak reti guna QR, tapi saya nak tanya soalan sebelum order," ujar lelaki itu pula.

Sehingga kini, video itu menerima hampir 50,000 tontonan di aplikasi TikTok, malah ramai netizen yang turut bersetuju dengan pandangan Zetty.

pelayan_2

Sambungan internet yang perlahan boleh menyusahkan pelanggan untuk membuat imbasan QR. -Gambar hiasan

"Kena pula kedai yang line (internet) perlahan. Buat panas hati saja.

"Betul. Mereka tak fikir orang tua. Sebab tu ibu bapa saya tak suka pergi pusat beli belah kalau tiada anak-anak.

"Ya. Tiada service tapi kena bayar service charge," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain