suria

Lelaki tak sedar ladang pahala depan mata... Mengeluh duit simpanan habis untuk keluarga, kena jaga mak ayah

Seorang anak sedih apabila masih tinggal dengan ibu bapa. -Gambar hiasan

KEJAYAAN seseorang pada dunia serba moden ini sering diukur dengan aset seperti rumah, kereta dan gaya hidup.

Namun, seorang lelaki berumur 30 tahun berkongsi kisah hidupnya yang dianggap berbeza dengan individu seusia, kerana melihat diri sendiri tiada pencapaian.

Menurut lelaki itu, dia masih tinggal bersama keluarga tetapi bukan kerana tidak mahu berdikari sebaliknya atas dasar tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Setiap anak muda mahu bebas menentukan kehidupan sendiri. -Gambar hiasan

"Ibu bapa saya sudah tua dan kadang-kadang sakit. Perlu jaga mereka lagipun kakak sulung didiagnosis dengan SLE (penyakit lupus) dan memerlukan bantuan dapatkan rawatan di hospital.

"Abang dan adik perempuan pula sudah berkahwin. Ada kalanya saya rasa nak keluar dari rumah mak ayah dan cari bilik atau rumah sewa di mana-mana," luahnya yang tiada pilihan melainkan mengutamakan keluarga.

Tekanan semakin bertambah apabila rakan-rakan sebaya mempersoalkan tentang dirinya, seolah-olah masih tinggal bersama keluarga pada usia 30 tahun adalah sesuatu yang salah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jadi OKU, hilang ingatan lepas bersalin kali ke-18 namun dijaga baik - “Tak kan pukul walau nyawa jadi taruhan”

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kasihkan ibu, pasangan ini lepas hidup mewah di Shah Alam... Nekad balik kampung - “Abah dah lama meninggal”

Jelasnya, orang luar tidak nampak usahanya menyimpan wang demi masa depan dan mereka tidak tahu akhirnya wang tersebut terpaksa digunakan untuk membantu keluarga.

"Mereka tidak berada dalam situasi saya. Cuba nak simpan duit tapi akhirnya semua wang tu habis dekat famili dan beberapa komitmen lain kadang-kadang tu.

"Tak ada apa... saya saja je luahkan perasaan dekat media sosial ni. Cuma doakan saya murah rezeki dan dapat buat benda yang saya suka satu hari nanti.

Teruskan tinggal dalam rumah memandangkan banyak komitmen.

NETIZEN

"Ataupun benda yang saya nak sangat buat tapi tak tercapai-capai lagi," ujarnya lagi.

Apa yang dialami oleh lelaki ini bukanlah satu situasi yang asing dalam masyarakat kita tetapi tidak ramai yang berani menyuarakannya kerana bimbang dihakimi.

Bagaimanapun, perkongsian lelaki ini mendapat pelbagai reaksi warga maya yang memahami situasinya.

"Teruskan tinggal dalam rumah memandangkan banyak komitmen. Tapi kena ada simpanan untuk diri sendiri. Sikit pun jadi la ya.

Komen netizen di media sosial.

"Kita tinggal dengan mak ayah sebab nak jaga mereka. Kadang-kadang tak sihat, siapa nak jaga kalau bukan kita. Duduk dengan mak ayah ni rezeki sentiasa masuk tapi ia sesuatu tanpa sedar.

"Ladang pahala... orang tak nampak. Kalau Allah bagi dekat awak, kenapa kisah apa yang orang cakap kan. Kita cuba cari reda Allah bukan manusia. Teruskan kerja mulia dan jaga mak ayah," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain