MENJALANI kehidupan sebagai suami suami, banyak perkara dan aktiviti dapat dilakukan bersama.
Antaranya melancong ke destinasi-destinasi menarik, tidak kira dalam atau luar negara.
Setiap kali ada masa dan kesempatan, pasti masing-masing berbincang dengan pasangan mengenai rancangan percutian.
Seperti seorang wanita, dia juga sering berkongsi cerita mengenai pengembaraan dengan suaminya.
Ramai yang teruja merasai pengalaman menaiki pesawat. -Gambar hiasan
"Kadang-kadang kan suka cerita dekat suami tentang impian saya terutamanya bab pergi travel.
"Tapi akhirnya suami pula rasa sedih sebab tak mampu lagi nak tunaikan impian tu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada kejutan ‘anniversary’, rupanya pergi main takraw... Isteri makin kecewa suami balik tangan kosong - “Ingat ada kek sepotong”
ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur
Bukan mahu menyinggung perasaan suami, namun kata wanita itu, ia sekadar 'angan-angan' memandangkan mereka berdua kini semakin jarang melancong.
"Nama pun 'berangan' kan, bukan jam tu juga nak pergi. Setiap orang mesti ada impian macam tu kan.
Normal la kalau ada rasa rindu nak pergi travel jauh-jauh tu kan.
ISTERI
"Aku pun jenis tak kisah. Ada rezeki dapat pergi, dapatlah. Kalau tak ada rezeki, tak apa. Sudahnya, malas dah nak cerita kat suami. Aku berangan seorang je la," ujarnya meluahkan rasa terkilan.
Bercerita lanjut, wanita itu menjelaskan bahawa dia dan suaminya sebenarnya merupakan 'kaki travel' sebelum ini dan sering melancong ke luar negara.
Melancong ke luar negara meninggalkan banyak kenangan terindah. -Gambar hiasan
Namun mereka kini tidak lagi berbuat demikian disebabkan komitmen yang semakin meningkat.
"Sebenarnya dulu-dulu kami selalu je pergi travel. Setiap tahun akan pergi luar negara, tapi negara-negara Asia je la.
"Tapi lepas beli rumah, kurang sikit travel sebab ada komitmen baharu, nak make over rumah lagi," katanya.
Tambahnya, keadaan itu membuatkan bajet mereka untuk melancong terpaksa dihadkan.
"Bajet untuk pergi pergi travel kurang sikit. Ada je jalan-jalan, cuma sekitar Malaysia dan tahun lepas dapat la pergi seberang (Indonesia) sekejap.
"Jadi normal la kalau ada rasa rindu nak pergi travel jauh-jauh tu kan. Tiba-tiba suamiku begitu sentimental bila borak-borak pasal berangan aku," luahnya lagi.