suria

Wanita manja jawab ‘call’ bikin scammer tak keruan! Bergetar tulang rusuk sebab ‘sweet’ sangat

Seorang wanita kelihatan manja menjawab panggilan 'scammer'.

JIKA ramai yang takut, cemas mahupun panik apabila menerima panggilan scammer, namun lain pula seorang wanita ini yang melayan si penipu dengan manja.

Menerusi video yang tular, wanita itu tidak tergugat dengan panggilan penipuan yang semakin berleluasa sehingga ramai mangsa terpedaya.

Sebaliknya, wanita yang dikenali sebagai Eishlyana ini menjawab panggilan 'scammer' berkenaan dengan tenang dan sopan.

Menerusi video tersebut, dia meminta 'scammer' berkenaan menghubunginya semula esok dengan memberi alasan sedang berada dalam kesesakan lalu lintas.

Wanita itu cuba menghubungi semula 'scammer'.

"Saya berada di Johor, sekarang nak balik ke Selangor. Saya tengah memandu ni, boleh tak awak call saya balik petang sikit.

"Tak pun malam ke. Telefon esok, boleh. Call pukul 9 pagi. Saya tak boleh nak fokus, dah lama tengah 'jammed' ni," kata Eishlyana dengan suara manja dan lembut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat kenal di TikTok nak bagi duit, emas tanda sayang... Wanita curiga tapi kesian - “Dia kata saya ni syurganya”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu angau bercinta dengan pemuda kerja di London, terpesona tengok gaji juta-juta! Anak komplot dengan rakan demi halang hubungan

Lebih menghiburkan apabila 'scammer' itu kedengaran membalasnya dengan baik mungkin tidak mengesyaki dirinya pula sedang dipermainkan.

"Okay puan. Tak apa tak boleh, saya hubungi sampai esoklah.

"Maaf mengganggu puan, berhati-hati jalan, memandu," balas lelaki itu menerusi panggilan telefon.

Dia pun keliru nak scam ke nak jatuh hati

NETIZEN

Bagaimanapun menerusi video berasingan, Eishlyana memaklumkan bahawa nombor telefon 'scammer' tersebut tidak lagi dapat dihubungi keesokan hari.

"Sebab tadi pagi dia call pukul 9, saya tidur. Saya tak angkat. Tak apalah," katanya lagi.

Antara komen netizen yang mencuit hati.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perbualan wanita itu bersama si 'scammer'.

"Lembutnya suara awak.

"Lain macam sweet dia.

"Hahaha bergetar dah suara scammer.

"Jodoh aku dengan scammer.

"Dia pun keliru nak scam ke nak jatuh hati," demikian antara komen netizen mencuit hati.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain