suria

Kecewa ramai AJK tunjuk ‘kuasa’... Selamba tutup kipas ketika jemaah sedang solat, macam tak nak orang ke masjid

Tindakan AJK menutup kipas di masjid sesuka hati boleh menjadi isu dalam kalangan jemaah. -Gambar hiasan

MENGIMARAHKAN bererti menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dan surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah.

Namun, di sebalik usaha murni ini terdapat segelintir individu yang berjawatan di masjid cuba menunjukkan kuasa mereka dan bertindak meminggirkan jemaah sesuka hati.

Situasi itulah dialami seorang jemaah yang terasa hati dengan sikap ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang dilihat cuba menjauhkan orang ramai ke rumah Allah.

Ganjaran besar buat mereka yang solat berjemaah. - Gambar hiasan

Ganjaran besar buat mereka yang solat berjemaah. - Gambar hiasan

"Benda ini jadi masa aku tengah solat dalam masjid. Hari Jumaat, lepas selesai solat Jumaat aku yang masih ada masa lagi terus la 'qada' solat yang tertinggal dulu.

"Datang si AJK masjid yang terpaling suci ni tutup kipas tutup lampu masa aku masih belum selesai lagi," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Terguris hati dengan 'geng makcik' tarawih di masjid... Boleh bawa gaduh disuruh rapat saf, tak pun kena jeling!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram makcik degil tak nak rapatkan saf, sanggup biar ada ‘lubang’ antara jemaah... Dalam masjid pun sombong!

Jelasnya, situasi itu bukan berlaku sekali dua terhadap dirinya tetapi sudah berulang kali.

"Bukan sekali dua terjadi, berkali-kali terjadi, di masjid yang berlainan.

Ada surau tak mesra muslimah sampaikan ruang utama berkunci.

NETIZEN

"Korang ni sebenarnya nak ke tak nak orang datang masjid untuk solat ni?" soalnya.

Perkongsian lelaki ini dipersetujui kebanyakan netizen dan pada masa yang sama mereka berpandangan terdapat beberapa sebab AJK masjid bertindak demikian.

"Ada muslimin yang dah lepas guna tak tutup suis kipas, lampu, tak lipat sejadah. Jadi, berbalik pada sikap muslimin.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Wajar pihak AJK letak notis ringkas di setiap fasiliti sebagai peringatan kepada pengunjung.

"Ada surau tak mesra muslimah sampaikan ruang utama berkunci. Tu pun jadi masalah.

"Lepas ni tanam azam untuk jadi AJK masjid, kemudian perbetulkan mana-mana yang kita rasa tak betul tu," antara nasihat warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain