SESI persekolahan yang baru dibuka minggu ini menggamit pelbagai kisah, ada mencuit hati dan tak kurang juga menyentuh perasaan.
Kebiasaannya ragam mencuit hati ini membabitkan murid darjah satu kerana ini kali pertama mereka 'bebas' daripada ibu bapa untuk berdikari di alam persekolahan.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita menyaksikan insiden mendebarkan membabitkan ibu bapa lain ketika tamat sesi persekolahan.
Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan ajakan rakan. -Gambar hiasan
Menurutnya, si ibu berkenaan kelam kabut selepas mendapati anaknya tidak muncul-muncul di pagar sekolah.
Pada mulanya dia menyangka anaknya itu tidak keluar dari kelas, namun selepas mencari di dalam sekolah si kecil berusia tujuh tahun itu didapati hilang.
"Ibu bapa yang ada anak darjah satu, pesan kat anak jangan naik van sekolah sesuka hati. Kemudian bagi anak yang naik van, jangan mengajak kawan naik van sama-sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru sibuk urus sesi baharu persekolahan, mak ayah pula tanya soalan pelik-pelik - “Saya sampai nak jadi Hulk”
ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1... Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara
"Tadi ada yang mencari anak, rupanya dah naik van sebab kawan ajak. Gelabah la mak dia," kongsi wanita itu.
Netizen berseloroh mengatakan situasi itu adalah pengaruh rakan sebaya dan diakui seorang ibu yang memaklumkan kejadian itu pernah menimpa dirinya.
Jenuh cikgu-cikgu mesej kat grup WhatsApp kelas masing-masing cari pelajar hilang.
IBU MURID
"Macam kes anak saya masa darjah satu... dia ikut cakap kawan baru. Dia pula memang teringin naik van sekolah.
"Mama papa dia gelabah dah macam apa. Memang tak terfikir dia boleh naik van sekolah masa tu.
Pengalaman di sekolah banyak mendewasakan pelajar. -Gambar hiasan
"Sedangkan dah pesan bahawa papa dia tunggu, dia pergi juga ke pagar dengan budak-budak lain naik van," katanya.
Tambahnya, situasi panik itu bukan hanya membuatkan mereka suami isteri cemas tetapi turut melibatkan guru-guru.
"Jenuh cikgu-cikgu mesej kat grup WhatsApp kelas masing-masing cari pelajar hilang," katanya.