REZEKI yang berkat memberikan perasaan yang puas dan tenang tanpa mengira rendah atau tingginya nilai yang diperoleh.
Bagaimanapun tidak dinafikan semakin ramai yang mengambil ringan soal keberkatan dalam mencari rezeki sehingga sanggup mengenepikan amanah demi mendapatkan keuntungan segera.
Demikian dengan kisah yang dikongsikan seorang individu mengenai pengalamannya menegur sikap seorang juruwang ketika berkunjung ke sebuah kedai pakaian.
Setiap pembelian barangan perlu dilakukan dengan berhemah. -Gambar hiasan
"Aku pergi sebuah kedai pakaian untuk beli baju sekolah anak-anak. Masa dekat cashier selepas settle scan semua, cashier terus cakap total RM65.00.
"Then aku tengok screen, laju terus mulut aku bertanya... datang mana RM65? Tu kan RM64.95.
"Terus muka cashier tu ketat. I don't care kalau orang nak cakap aku berkira walaupun lima sen. Tapi faham tak, apa hak kau nak genapkan terus RM65. Kecuali kalau total RM64.97 ke, aku boleh faham konsep bundar tu," tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak halalkan 20 sen terbantut, peniaga air tiba-tiba disergah pelanggan... Tak puas hati dapat duit koyak!
ARTIKEL BERKAITAN: Duit baki beli barang, kutip dari poket suami... wanita kongsi hasil hobi menabung syiling, setahun boleh dapat 4 angka!
Ujarnya, perbuatan tersebut boleh diumpamakan seperti mencuri dalam diam dan tidak wajar dinormalisasikan kerana ia tetap merupakan satu bentuk ketidakjujuran biarpun jumlahnya sangat kecil.
"Ini bukan soal duit setakat lima sen pun nak bekira. Tapi tak nak biasakan belajar mencuri dalam diam.
"Kedai runcit elok je kadang-kadang terus genapkan dengan bagi kurang. Contoh RM64.95, dia kata bayar RM64.90 je. Ini kita faham sebab atas persetujuan owner.
Sepuluh sen tu tak buat kita kaya tapi ia boleh jadi asbab kita jauh dari syurga.
NETIZEN
"Yang ini kau diam-diam jadi pencuri duit customer tanpa sedar. Faham halal dan haram tak? Faham konsep berkat tak?" tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang disuarakan individu tersebut.
Ramai yang berkongsi pengalaman sama dan berpendapat, isu utama bukanlah soal nilai wang tetapi prinsip diri dalam mencari keberkatan rezeki.
Antara reaksi netizen.
"Betul tu... ada kes sebelum ni yang pekerja bank tu dia kumpul sehari lima sen. Setiap hari kumpul akhirnya dia jadi jutawan sebab kumpul duit melalui cas tersembunyi dalam akaun bank.
"Bukan pasal duit. Semua benda akan dihisab walaupun satu sen.
"Pernah suarakan benda ni dulu-dulu. Sepuluh sen tu tak buat kita kaya tapi ia boleh jadi asbab kita jauh dari syurga," komen netizen.