SALAH satu ciri individu yang toksik adalah cemburu dengan rezeki dan pencapaian orang lain, ataupun dalam bahasa mudah, suka iri hati.
Boleh jadi ia berkaitan dengan kenaikan pangkat, menyambut kelahiran cahaya mata, memiliki rumah dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap rakan sekerjanya apabila mengetahui dia bakal berumah tangga.
Setiap individu semestinya mempunyai impian untuk hidup berpasangan. -Gambar hiasan
"Patutlah orang pesan, bab kebahagiaan jangan diceritakan terutamanya pasal nak kahwin. Saya baru tahu ramai yang cepat busuk hati dengan orang yang jodohnya dah sampai.
"Kata-kata dan tingkah laku mereka memang toksik," kongsinya.
Menurut wanita berkenaan, rakan-rakan sekerjanya bukan sahaja mengeluarkan kata-kata berbaur sindiran malah dia turut dipinggirkan hanya kerana bakal berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cari jodoh di laman sosial, minta calon berminat isi borang khas... Ramai musykil tanya gaji, komitmen bulanan
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita usia 30 tahun mengeluh jodoh belum sampai, salahkan diri tiada kerja tetap... Wajah pula kategori ‘biasa-biasa’
"Apa yang saya kena dengar daripada mulut orang adalah... nak kahwin? Umur baru 20an masih muda, tak perlu kahwin. Ataupun ada yang cakap... badan kecil lagi dah nak kahwin.
"Daripada tingkah laku pula, saya disisihkan hanya kerana mereka single dan masih liar. Walaupun mereka semua lebih tua usianya daripada saya," tulisnya lagi.
Saya pula... esoknya nak bertunang baru hari ni tahu ada orang nak hantar 'benda'. Macam nak gagalkan majlis.
NETIZEN
Ujar wanita itu lagi, situasi berkenaan membuatkan dia lebih berhati-hati sebelum berkongsi apa saja kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku selepas ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan wanita tersebut malah mereka turut berkongsi pengalaman sendiri.
Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Pernah kena juga. Nak bertunang, ada yang cakap relax dulu, buat apa nak bertunang muda-muda. Siap buat mimik muka.
"Pengalaman saya, kawan-kawan buat group tak ada saya sebab nak mengutuk saya yang nak kahwin awal. Salah saya sebab terlalu open dan percaya dekat mereka.
"Saya pula... esoknya nak bertunang baru hari ni tahu ada orang nak hantar 'benda'. Macam nak gagalkan majlis. Sama juga majlis akad nikah. Cuma saya tak tahu siapa yang hantar," demikian komen netizen.