suria

Bagi anak main gajet masa makan, ramai mak ayah dah tak peduli kecaman - “Janji mental aku stabil”

Anak-anak zaman sekarang cenderung bermain dengan telefon. -Gambar hiasan

KELUAR berjalan-jalan di luar, sudah jadi perkara biasa apabila kita melihat golongan dewasa 'melekat' dengan telefon, malah kanak-kanak juga tidak terlepas daripada terus memegang gajet tersebut.

Dalam masa sama, ramai juga yang mengecam tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak bermain telefon kerana akan memberi kesan terhadap perkembangan mereka.

Bagaimanapun, seorang wanita tampil membidas sikap masyarakat yang hanya tahu menghukum tanpa mengetahui punca sebenar mereka memberikan telefon kepada anak-anak.

Kanak-kanak adalah kelompok yang aktif dan lasak. - Gambar hiasan

Kanak-kanak adalah kelompok yang aktif dan lasak. - Gambar hiasan

"Ramai hukum ibu bapa bagi telefon dekat anak masa makan, lepas tu kau nak jaga anak aku masa aku makan?

"Aku kenal anak aku lebih daripada orang lain, dia cepat bosan dan aku tak kan bagi telefon awal selagi makanan tak sampai," katanya.

Jelas wanita itu, anaknya berusia dua tahun, sangat lasak dan telefon akan diberikan hanya selepas makanan tiba di meja.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ketagih main phone, semua terbongkar bila skrin rosak! Ibu nyaris pengsan staf kedai gajet tunjuk ‘folder rahsia’

ARTIKEL BERKAITAN: Penat nak layan kerenah, ibu bapa sanggup ‘hulur’ gajet... Sudahnya bawa padah, mental anak-anak boleh terjejas

"Aku akan main dengan dia sampai makanan atas meja.

"Aku nak elak dia buat perangai dan takut dia ganggu orang lain kat kedai," katanya.

Perkongsian itu disokong ibu bapa lain yang mendakwa turut memberikan telefon kepada anak-anak dalam keadaan tertentu.

Tapi kena kawal penggunaannya jangan sampai ketagih.

NETIZEN

"Anak-anak saya, ikut peredaran zaman. Anak yang awal memang tak bagi telefon sebab tak perlu masa tu.

"Tapi anak kelima, terpaksa kalau dia bosan dia akan tantrum masa makan.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Dulu saya selalu fikir macam tu lah tapi lepas suami cakap 'suatu hari, kita pun mesti buat macam tu kat anak kita sebab ada masa kita tak mampu kawal.

"Terus dah tak hukum. Tapi kena kawal penggunaannya jangan sampai ketagih.

"Aku lantakkan orang hukum janji mental aku stabil bukan menyinga tengah kedai makan dengan suara satu kampung boleh dengar.

"Orang kata anak tak elok main telefon nanti lambat bercakap. Anak saya belajar bercakap melalui telefon la," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain