suria

Ibu bapa naik hantu, subjek seni uji kesabaran! ‘Makan modal’ kena pergi 2 kedai beli kertas warna

Pendidikan seni dianggap subjek yang menguji kesabaran ibu bapa. -Gambar hiasan

BAGI ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah, pastinya ada hari-hari tertentu akan menjadi sedikit kelam kabut terutamanya jika melibatkan subjek Pendidikan Seni.

Biasanya apabila anak lambat memaklumkan bahan yang perlu dibawa ke sekolah, ibu bapa akan naik 'hantu' kerana kesuntukan masa untuk mencarinya.

Walaupun ada kumpulan WhatsApp bagi memudahkan komunikasi dengan guru, masih ada ibu bapa yang mengeluh kerana menganggap bahan yang diminta guru kadang kala menyusahkan mereka.

Tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar akan memberi kejayaan. -Gambar hiasanMurid perlu memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. -Gambar hiasan

"Hanya kerana nak bawa dua keping kertas warna terpaksa pergi dua kedai runcit. 

"Berapa dah kos minyak kereta di situ. Tak termasuk parkir lagi," tulis individu tersebut di grup WhatsApp kelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tahun 1 hilang, tak muncul di pagar lepas waktu sekolah... Kelam-kabut cari dalam kelas tapi tak jumpa!

Tangkap layar di grup yang sama oleh individu yang sama turut mempersoalkan kewajaran untuk membeli sehelai kertas A4.

"Maksud saya kertas A4 nak sehelai sahaja, boleh ke beli sehelai?" soalnya.

Zaman dulu, mak ayah sanggup je sediakan semua.

NETIZEN

Tangkap layar itu dikongsi seorang ibu pelajar yang turut berada dalam grup WhatsApp kelas darjah tiga berkenaan.

"Cikgu senyap je, yang balas ibu bapa lain yang tawarkan kertas warna anak mereka yang bawa lebih.

"Ada juga yang cadangkan beli satu pek dalam 20 helai warna warni sebab akan guna untuk banyak perkara," kata wanita itu.

Perkongsian itu mendapat reaksi netizen yang berpandangan ibu bapa sekarang jauh berbeza dengan ibu bapa mereka dahulu.

"Zaman saya sekolah dulu Pendidikan Seni kena cari batang keladi nak buat corak cop tu. Gigih mak abah cari tak komplen apa pun.

"Rasanya ibu bapa sekarang ni waktu belajar dulu pun jenis cikgu suruh bawa sendiri barang-barang bukan disediakan.

"Zaman dulu, mak ayah sanggup je sediakan semua sebab kos rendah. Zaman sekrang, kos pun mahal, jadi hak pelajaran kepada anak dicatu," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain