suria

Jiran buka spa di rumah, bersusun kereta pelanggan depan pagar... Paling geram sekat laluan masuk!

Menyediakan servis spa di rumah bagi menjana pendapatan sampingan. -Gambar hiasan

KETIKA berdepan dengan cabaran ekonomi, semakin ramai yang memilih untuk berniaga sendiri demi meneruskan kelangsungan hidup.

Selain perniagaan secara dalam talian, operasi dari rumah juga cukup popular kerana ia tidak menggunakan modal yang besar.

Namun apa yang tidak enak didengar apabila bisnes yang dilakukan di rumah itu didapati menyusahkan jiran di sekeliling.

Seorang pemuda tidak menyangka tindakannya menegur pelanggan jirannya yang meletakkan kereta di hadapan rumahnya mengeruhkan hubungan antara mereka.

Khidmat mengurut memerlukan kemahiran dan kepakaran. -Gambar hiasan

"Aku tak faham betul dengan jiran kawasan rumah aku ni. Tak pasal-pasal tarik muka. Dulu masa ada masalah gas tak ada, barang tertinggal, siap mesej dan telefon minta tolong.

"Tak ada angin, tak ada ribut, tarik muka. Takkan la sebab aku minta pelanggan dia alihkan kereta? Dah (pelanggan dia) block pagar rumah aku," luahnya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka bisnes cuci kereta di rumah teres, makin naik lemak tak ada siapa lapor! Jiran masih sabar walau jemur baju tak pernah kering

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah geram jiran tak ada ‘common sense’... Bagi tumpang garaj percuma, kereta rosak dibiar tersadai setengah tahun

Menerusi hantaran sama, pemuda berkenaan memaklumkan jirannya itu mengusahakan bisnes spa di rumah, maka tidak hairanlah ramai individu tidak dikenali sering berkunjung ke kediamannya.

"Dia ni buat home spa. Entah macam mana dia susun appointment. Selalu sampai dua hingga tiga buah kereta park depan rumah.

"Hingga ada yang block depan pagar rumah," ujarnya.

Janganlah fikir bisnes kau je sampai menyusahkan orang. Kena la ada common sense

JIRAN

Menurut pemuda itu, dia menghormati pendirian jirannya untuk berniaga dari rumah dengan membuka spa sendiri.

Malah dia juga tidak kisah sekiranya pelanggan jirannya itu meletakkan kenderaan mereka dekat kawasan rumahnya selagi tidak menghalang laluan keluar masuk.

Hidup berjiran memerlukan persefahaman antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Aku tak kisah pun, tapi kalau sampai block pagar rumah, aku nak masuk macam mana? Takkan aku park depan rumah jiran lain pula.

"Dah tentulah aku mesej minta pelanggan dia alihkan. Janganlah fikir bisnes kau je sampai menyusahkan orang. Kena la ada common sense," tegasnya.

Dia turut meluahkan kesedihannya kerana tidak lagi melihat kehadiran kucing-kucing jalanan di hadapan rumah yang kini kerap dipenuhi kereta pelanggan jirannya.

"Sebab tu saya buat tak kisah. Tapi sedih sebab saya ada bagi kucing jalanan makan depan rumah, ada yang dah lama tumpang makan.

"Ada seekor tu buta sebelah mata, dah dua hari saya tak nampak dia datang makan. Kenapa saya rasa jiran yang buang dia? Sebab dia tak pernah pergi jauh, jalan tak berapa nampak," soalnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia