suria

Bapa kekal tenang layan cerita anak perempuan ada ‘crush’ di sekolah, langsung tak marah - “Takut dia rasa aku ni musuh”

Ibu bapa perlu bersedia dengan perubahan anak yang sedang meningkat dewasa. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa akan melalui satu fasa yang mana anak-anak mula berubah sikap ketika menginjak ke usia remaja.

Dalam fasa ini, anak-anak bukan sahaja mula memberontak, malah turut menyembunyikan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa.

Di TikTok, seorang bapa meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah anak perempuannya yang mula menunjukkan minat untuk bercinta.

The HolyMonth of Ramadan presents an opportunity for Muslims parents to teach their kids about fasting.This includes waking up early in the morning to perform 'sahur' before they begin thier fast for the day...(father Hasni Abi 42, Wife Siti Norzaimah, 37Muhammad Ridzuan (15 )Muhammad Taufik Irfan(12)Balqis Nur alisha(10)Muhammad Ammar amsyar(7)Muhammad Faiq Aydan(4) —SHAARI CHEMAT / THESTAR

Ramai anak-anak mula berubah apabila meningkat dewasa. -Gambar hiasan

"Aku ada anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Malam tadi, anak aku cerita dia ada crush. Berdesing telinga aku dengar.

"Dalam kepala ni, macam-macam fikir. Siapa budak ni? Baik ke tidak? Dia layan anak aku okey ke?

"Aku ni baru je rasa anak aku masih kecil, masih suka duduk bawah ketiak aku. Sekarang dia dah mula suka orang lain?" kongsinya.

Kalau aku marah atau buat muka ketat, nanti dia tak akan cerita apa-apa lagi dekat aku.

BAPA 

Di sebalik rasa marah, lelaki itu berkata dia terpaksa menahan sabar kerana tidak mahu menjadi 'musuh' anaknya.

Tambah lelaki itu, dia perlu menjadi bahu tempat si anak bersandar kerana tidak mahu posisinya diganti orang luar yang tidak boleh dipercayai.

"Tapi aku tahan. Aku tak nak dia rasa aku ni musuh. Aku tarik nafas, aku dengar je dia bercerita. Aku layan macam biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat... Rela mengaku salah sendiri ‘terbabas’ tidur

"Sebab aku tahu, kalau aku marah atau buat muka ketat, satu hari nanti dia tak akan cerita apa-apa lagi dekat aku. Aku nak dia tahu, apa pun jadi, ayah dia masih ada tempat untuk dia balik. 

"Aku lebih rela dia cerita semuanya kepada aku daripada dia cari orang lain yang belum tentu boleh jaga dia dengan baik.

"Satu hari nanti, anak akan benar-benar pergi membawa hati kepada seseorang. Tapi selagi dia masih sudi bercerita, aku tahu, aku masih lagi ada tempat di hatinya," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai ibu bapa turut berkongsi cerita mengenai anak mereka yang sedang meningkat dewasa.

Photo: 123rf.com

Ibu bapa yang terlalu mengongkong akan dianggap 'musuh' oleh anak-anak. -Gambar hiasan

Malah, rata-ratanya bersetuju yang ibu bapa perlu menjadi 'kawan' kepada anak-anak jika mahu hubungan kekeluargaan tidak renggang.

"Apabila anak berani cerita isi hati dan perasaan kepada kita, ia adalah satu kesyukuran. Masa tu kita boleh beri nasihat baik-baik.

"Saya pernah buat silap, saya rasa marah bila anak cerita hal ini. Rupanya cara itu membuatkan anak jauh dari saya.

"Apabila anak remaja meningkat dewasa, kita ibu ayah kena jadi kawan," tulis beberapa netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain