BARU dua minggu sesi persekolahan bagi penggal 2025 bermula, media sosial dibanjiri dengan pelbagai kisah melibatkan ibu bapa serta para guru.
Antara isu yang tidak berkesudahan ialah kerenah ibu bapa yang suka membangkitkan perkara remeh di grup Whatsapp khusus bagi memudahkan komunikasi berkaitan hal persekolahan.
Dalam hantaran di laman sosial, seorang individu terpanggil membuat teguran gara-gara satu mesej yang dihantar oleh penjaga murid di WhatsApp yang menurutnya keterlaluan.
Kewujudan grup WhatsApp bertujuan memudahkan komunikasi antara guru dan ibu bapa berkaitan hal persekolahan. -Gambar hiasan
"Maaf cikgu, jika ada kerja rumah, mohon maklumkan awal. Maaf cikgu, sebab senang saya nak minta anak siapkan awal," demikian tulis penjaga terbabit sebagaimana yang dikongsikan pengadu bersama hantarannya.
Menurutnya, ibu bapa tidak seharusnya meletakkan setiap perkara di atas bahu guru sehingga ia kelihatan seolah-olah memanjakan anak sendiri lantaran semua perkara perlu 'disuap'.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat... Rela mengaku salah sendiri ‘terbabas’ tidur
"Sesekali didiklah anak untuk bertanggungjawab, peka dengan homework yang diberi. Contoh, tulis dalam buku nota atau sebagainya untuk parents check.
"Tiada lagi dalam pekeliling cikgu wajib WhatsApp kepada parents kalau ada homework," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Rasanya mindset mak ayah sekarang yang akan memusnahkan lagi anak-anak.
NETIZEN
Ternyata rata-rata warga maya turut menyokong tindakan individu berkenaan melontarkan teguran secara terbuka agar golongan ibu bapa lebih bersikap rasional serta cakna terhadap anak masing-masing.
Bagi mereka, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau kerja sekolah anak-anak kerana ia adalah satu bentuk interaksi yang penting dalam proses pembelajaran.
Antara komen netizen terhadap pandangan individu berkenaan.
"Kita tak boleh normalisasikan perkara ni. Anak-anak jadi malas, sebab dia tahu ada orang akan jaga mereka.
"Rasanya mindset mak ayah sekarang yang akan memusnahkan lagi anak-anak. Zaman kita dulu kalau tak alert dengan homework, tanggunglah sendiri akibatnya.
"Tolonglah... benda ni kau patut tanya anak sendiri. Balik sekolah hari-hari tanya anak tu. Bukan kerja cikgu nak ingatkan dalam WhatsApp. Itu tanggungjawab anak-anak kita," demikian antara komen mereka.