PEMBUKAAN sesi persekolahan baharu menyaksikan ibu bapa adalah orang yang paling sibuk menguruskan anak masing-masing.
Bukan sahaja perlu membeli dan menyediakan keperluan pembelajaran, malah menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari juga boleh menjadi sesuatu yang merumitkan.
Sebagai contoh jika mempunyai ramai anak yang bersekolah di sekolah dan waktu yang berbeza
Ia menyebabkan sesetengah ibu membuat persiapan 'di luar kotak'.
Sebagai suri rumah dan ibu, banyak perkara perlu diuruskan demi keluarga. -Gambar hiasan
"Suri rumah yang ambil anak-anak lain waktu persekolahan, baliknya buat macam mana?
"Rumah saya dekat dengan sekolah, ambil masa sekitar tiga atau lima minit je. Tapi saya duduk kondo tingkat 29, parking di tingkat 3.
"Malas dan seram betul nak turun naik bawa kereta MPV (kenderaan pelbagai guna)," kata seorang ibu di laman sosial.
Menurut wanita terbabit dia memilih untuk menghantar sendiri anak-anak ke sekolah berbanding menggunakan khidmat bas dan van.
ARTIKEL BERKAITAN: Tangan pakai selipar, ramai sayu tengok semangat murid OKU ke sekolah! Ibu tak kisah apa kata orang, mahu anak berdikari
ARTIKEL BERKAITAN: Anak tahun 1 hilang, tak muncul di pagar lepas waktu sekolah... Kelam-kabut cari dalam kelas tapi tak jumpa!
Namun bagi mengelakkan banyak masa dihabiskan di atas jalan, wanita berkenaan menggunakan kaedah yang efektif untuk menghantar dan menjemput anak-anaknya di sekolah.
Bagi memastikan perut tidak berasa lapar sepanjang tempoh menunggu, dia juga membuat persiapan bekal makanan untuk diri sendiri.
Moga dipermudahkan urusan ibu menguruskan anak-anak... diberi kesihatan dan tenaga yang cukup, insya-Allah.
NETIZEN
"Jadinya saya bawa bekal (makanan) dan tunggu depan sekolah anak. Nak balik macam kejap sangat, sat (kejap) lagi nak turun balik.
"Tapi kau jarak waktunya jauh, saya balik dulu," ujarnya.
Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi jadual waktu balik sekolah tiga anaknya, terdiri daripada seorang belajar di tadika dan dua lagi masing-masing di Tahun Tiga dan Tahun Lima, dari Isnin hingga Jumaat.
Segelintir ibu bapa memilih menghantar sendiri anak-anak ke sekolah berbanding mendapatkan khidmat bas atau van sekolah. -Gambar hiasan
Perkongsiannya di laman sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya tidak dapat membayangkan pengorbanannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.
"Tengok pun dah penat. Moga dipermudahkan urusan ibu menguruskan anak-anak. Diberi kesihatan dan tenaga yang cukup, insya-Allah. Saya anak dua sekolah yang berbeza pun dah rasa penatnya.
"Bertabahlah mak-mak. Saya pun sampai suruh suami belikan motosikal sebab stres bawa kereta. Anak sekolah sesi pagi dan petang, sekolah menengah lagi semua jarak tak panjang. Jadi saya merempit je la senang.
"Saya dulu macam tu la. Dua anak sekolah balik beza waktu. Adik mereka kecil lagi, jadi saya bawa bekal berkelah bawah pokok. Sampai rumah anak dah kenyang, kita pun boleh relaks," demikian antara komen netizen.