STATUS kerjaya sering menjadi pengukur kepada kejayaan seseorang dalam masyarakat kita.
Namun bagi seorang pemuda dikenali sebagai Zufar Najib yang bekerja sebagai penolong arkitek landskap, realitinya ia tidak seindah disangka.
Baginya yang sudah berumah tangga sejak enam tahun lalu, dia lebih selesa dan bangga dengan pekerjaan sambilannya sebagai seorang penghantar makanan.
"Gaji sehari sebagai pembantu arkitek boleh dapat dalam masa setengah hari je jika buat kerja sebagai penghantar makanan.
"Saya tak perlu terikat masa yang tetap untuk tambah gaji saya. Nak maintain, nak banyak atau nak sikit... ikut masa saya. Tak perlu kerja setiap hari.
Pendapatan bagi seorang penghantar makanan adalah tidak tetap. -Gambar hiasan
"Dua hari seminggu pun cukup dah. Kalau tukar bidang lain, permintaan gaji lebih akan membuatkan kurangnya masa dengan famili. Itu bukan pilihan tapi komitmen," jelasnya.
Menurut Zufar, dia tidak berhasrat untuk berhenti daripada pekerjaan tetapnya kerana menjadi seorang arkitek merupakan impiannya sejak dulu lagi.
Jelasnya lagi, dia memilih untuk menjana pendapatan lebih demi menyara keluarga melalui hobinya yang suka menunggang motosikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Rider separuh masa dituduh sekat rezeki geng ‘full timer’, disuruh duduk rumah layan isteri - “Kau nak pakai Honda ke pulun kerja siang malam?”
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan PKP suami isteri jadi rider, cuma sempat layan anak sebelum tidur... kongsi nasi sebungkus makan cepat-cepat bimbang terlepas job!
"Daripada makan angin kosong tak dapat apa baik saya buat part time job delivery, kaki pun lincah boleh bersenam dengan berjalan berlari.
"Kadang tu ada banyak masa rehat dekat vendor atau ketika tunggu pelanggan turun pick up makanan. Tak penat pun," jelasnya.
Tambah Zufar lagi, pekerjaan sebagai penghantar makanan juga mengajarnya untuk memahami erti kesyukuran dan kesabaran.
Normal untuk lelaki buat dua kerja demi menyara keluarga... tabik bang, awak lelaki sejati.
NETIZEN
"Tip pun boleh tahan juga kalau kena rezeki pelanggan murah hati. Saya pernah dapat RM50 daripada pelanggan yang berada di center of Klang Valley.
"Memang kadang ada masa harga tambang tu sikit tak kena dengan jarak. Lepas tu kena tunggu vendor siapkan makanan sampai 45 minit.
"Tak berbaloi... tapi dengan memahami makna syukur dan sabar, saya sedar rezeki tu pasti Allah ganti balik yang lebih banyak," jelasnya.
Komen netizen di media sosial.
Perkongsian lelaki ini meraih pelbagai reaksi warga maya yang mengagumi kecekalan dan ketahanan mentalnya.
Rata-rata warga maya turut memuji lelaki ini yang sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.
"Normal untuk lelaki buat dua kerja demi menyara keluarga. Tabik bang, awak lelaki sejati.
"Tapi tak normal untuk lelaki yang bergantung pada kerja yang tak seberapa. Lepas tu banyak beri alasan jika disuruh buat kerja sampingan dan paling teruk menyalahkan kerajaan tapi diri sendiri tak pernah salah," demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube