suria

Asyik terperuk di rumah, tak berkawan akhirnya individu ‘struggle’ nak berkomunikasi... Cakap tergagap-gagap

Individu yang 'introvert' lebih gemar menghabiskan masa melakukan aktiviti bersendirian. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan, sesetengah individu berhadapan dengan cabaran ketika berinteraksi atau bergaul dengan orang sekeliling sehingga menimbulkan rasa rendah diri.

Secara tidak langsung, situasi ini boleh memberi kesan mendalam terhadap kehidupan mereka baik dari segi emosi mahupun sosial.

Mungkin segelintir dalam kalangan kita segan untuk berkongsi kekurangan diri secara terbuka, namun berbeza dengan individu ini yang meluahkan masalah tidak pandai berkomunikasi dalam satu hantaran di TikTok.

"Aku perasan sejak akhir-akhir ni, makin teruk tutur percakapan aku.

"Bukan teruk tu daripada segi mencarut atau mengata orang, tapi apabila aku nak bercakap, jadi macam orang tak pandai bercakap. Ayat tunggang langgang. Tergagap-gagap," luahnya.

MALU 1

Sifat rendah diri membuatkan seseorang lebih gemar bersendirian. -Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, dia mengakui sikapnya yang lebih gemar menghabiskan masa bersendirian di rumah sedikit sebanyak menjadi punca kepada masalah tersebut.

"Aku memang almost dekat rumah sendiri. Tak bercakap dengan sesiapa. Kawan tak ada. Banyak borak sendiri dalam hati je.

"Bila nak bercakap dengan orang, dah macam tak semua ayat nak keluar, kelam kabut, itu yang tak tersusun ayat. Merapu-rapu bila cakap," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tau, saya orang Kelantan” - Peguam luah rasa rendah diri, pernah ditolak sebab asal usul

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa markah anak rendah, hati ibu ‘berbunga’ lepas terima mesej mengejutkan! Si kecil ada sifat luar biasa di sekolah

Namun tambahnya, situasi yang dialaminya itu bertambah 'parah' apabila dia gagal mengawal butir percakapan sehingga terlebih bersembang perkara yang tidak sepatutnya.

"Lagi satu (masalah), pantang dapat borak. Habis semua aku nak cerita. Padahal orang tu kadang tak rapat pun.

"Aku ni excited dapat borak sampai cerita benda yang tak patut cerita. Kadang habis semua nak luah. Macam mana nak buat eh? Aku sekarang bermasalah ke?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan warga maya untuk mencari solusi kepada situasi dialaminya.

Lebihkan membaca buku, bukan media sosial. Membaca umpama mengembara, menambah ilmu bahasa.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman dan mengakui pernah mengalami situasi yang sama seperti individu tersebut.

Dalam pada itu, ramai netizen tampil bersikap prihatin dengan memberikan semangat dan cadangan kepadanya untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

MALU 2

Banyak meluangkan masa bersama rakan sedikit sebanyak boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri. -Gambar hiasan

"Sama! Yang sedihnya, kawan sendiri gelak, padahal kita tengah struggle. Saya rasa puncanya adalah brain fog. Paling penting kita cukup tidur.

"Itulah... bila dah excited bercakap, lepas tu menyesal sebab over-sharing semua benda.

"Lebihkan membaca buku, bukan media sosial. Membaca umpama mengembara, menambah ilmu bahasa.

"Time bersiap atau dalam bilik, rekod video macam buat vlog. Saya buat macam tu bila dah lama sangat tak bercakap," demikian antara komen netizen.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain