DALAM era moden ini, struktur keluarga tidak lagi terhad kepada konvensional yang terdiri daripada ayah, ibu, dan anak.
Konsep keluarga telah berkembang dan mencakupi pelbagai variasi, termasuk keluarga campuran yang melibatkan ibu bapa dan anak tiri.
Namun, terdapat cabaran dalam kehidupan keluarga campuran kerana melibatkan perbezaan keturunan atau darah daging.
Antaranya, anak sering berasa terasing atau kurang diterima, boleh menyebabkan konflik dan ketidakselesaan dalam hubungan keluarga tersebut.
Wanita ini terpaksa merancang percutian bersama ibu tiri dan bapanya ke Jepun. Gambar hiasan
Seorang anak perempuan berasa kurang selesa dengan sikap bapanya selepas bernikah dengan ibu tirinya beberapa bulan lalu.
“Masa abah nak kawin kan, tahun lalu, calon abah yang seorang lagi ni cantik dari makcik (ibu tiri) sekarang.
“Wanita sebelum ni muda, dalam lingkungan 60-an. Kuat travel. Aku masih ingat abah cakap kepada kami abah tak nak travel. Mati-mati abah tak nak jalan jauh-jauh dengan dia (calon abah).
“Kami (adik beradik) suka wanita tu. Aura dia bagus. Nampak macam wanita baik,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bawa perangai ‘typical’ Malaysia ke luar negara, keluarga ini ditengking penduduk New Zealand... Nak ‘healing’ tapi tak kena tempat!
ARTIKEL BERKAITAN: Sukar bawa warga emas melancong? Cuba 10 tip ini, pasti lancar percutian anda
Bagaimanapun bapanya berubah apabila bernikah dengan ibu tirinya dan lelaki itu menunjukkan minat untuk mengembara bahkan meracang percutian sehingga luar negara.
Jelas individu ini, perubahan bapanya sedikit sebanyak menyinggung perasaan dia dan adik beradik lain kerana bapanya enggan bercuti dengan anak-anaknya.
“Tiba-tiba dapat yang ni, dia (ibu tiri) kata sebelum berkahwin tak nak berjalan jauh cukup sekadar dalam negara aja.
“Malam-malam di bilik lepas berkahwin, ajak abah berjalan Australia, Japan dan London. Mana janji-janjinya?” Luahnya dengan penuh hampa.
Abah nak ke KK pula. Tak apa pergilah abah.
ANAK PEREMPUAN
Individu ini juga memberitahu bapa dan ibu tirinya dalam perancangan untuk bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah, dalam masa terdekat.
Selain itu, pasangan itu merancang untuk bercuti ke luar negara seperti Jakarta, Jepun dan London pada tahun ini.
“Abah nak ke KK pula. Tak apa pergilah abah. Walau kami (adik beradik) terluka sebelum ni kami nak bawa abah berjalan abah kata dah tua.
“Tapi dengan mak cik 'bukan main'. Tak apa. Jika berlaku apa-apa kawan-kawan abah tanggung," katanya.
Banyak perkara perlu diambil kira sebelum merancang percutian antaranya faktor kesihatan. -Gambar hiasan
Katanya, bapa dan ibu tirinya merancang untuk menumpang rumah kenalan mereka yang bukan beragama Islam dan juga kaki botol.
“Aku risau tapi dia (ibu tiri) nak sangat jadi aku biarkan. Aku tahu kenalan keluarga ni kuat mabuk sebab dia video call aku setiap kali mabuk. Sampai aku rasa nak block,” jelasnya.
Selain itu, wanita ini juga mendakwa dia bukan cemburu pada ibu tirinya tetapi kecewa dengan sikap bapa sendiri.
“Kami (adik beradik) kecewa sangat apabila abah sendiri kata tak nak berjalan tiba-tiba dengan makcik (ibu tiri) nak bawa the whole world. Kami tak mencemburui ibu tiri.
“Kami terkilan. Awak tak akan faham situasi ini sebab kasut tak sama saiz.
“Kami lalukan demi abah. Beri nasihat kepadanya dan makcik. Saya juga cuba untuk berlembut demi kebahagiaan mereka berdua,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube