ADAT tinggal di rumah sewa beramai-ramai, sudah pastinya ada pelbagai ragam dan 'kepala' masing-masing.
Disebabkan pembawaan karektor, tabiat mahupun cara hidup penyewa yang berbeza, kadang kala situasi ini boleh menyebabkan wujudnya ketegangan antara satu sama lain.
Demikian situasi dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial yang berdepan masalah bersama rakan-rakan serumahnya hanya kerana dirinya seorang introvert.
Menurut individu berkenaan, sikap tersebut menyebabkan dirinya menjadi 'sasaran' rakan-rakan serumah malah dituduh sombong.
Bertuahnya mereka yang dikurniakan rakan serumah yang 'sekepala'. -Gambar hiasan
"Saya cuma tertanya-tanya. Kalau anda punya housemate atau roommate buat hal sendiri, introvert dan cakap bila perlu je. You guys rasa annoyed gila- gila ke?
"Baru-baru ni saya perasan housemate saya asyik cakap marah-marah dekat saya. Mula-mula saya diam. Lepas tu saya confront.
ARTIKEL BERKAITAN: GF tumpang letak kereta di rumah, pemuda dicop kedekut oleh housemate sebab tak pelawa guna... Sanggup biar tersadai di parkir
ARTIKEL BERKAITAN: Biadab jemur kasut atas kereta baru beli, rumah dibiar kotor! Pemuda bujang terkejut tengok sikap buruk ‘housemates’ dah kahwin
"Saya tanya apa masalah diaorang sebenarnya dengan saya? And guess what, dia cakap saya tak nak sembang langsung dengan diaorang. Ada je tegur-tegur tapi kebanyakan masa buat hal sendiri je. Dosa ke?" luahnya dalam satu hantaran di media sosial.
Menafikan dirinya sombong ataupun kera sumbang, individu tersebut berkata dia memilih untuk tidak bercampur dengan rakan-rakan serumahnya kerana tidak mahu terjebak dengan persekitaran toksik.
Saya sarankan awak pindah, kalau tak nanti hal dalam rumah pun dia canang.
NETIZEN
"You guys tahu tak apa yang diaorang selalu sembangkan? Hal orang! Sat (kejap) mengata orang ni, sat mengata orang tu.
"Saya tak mahu terlibat dalam drama jadi saya pilih untuk buat hal sendiri tapi kadang-kadang ada je tegur.
"Cuma diaorang annoyed sebab saya tak join geng bawang diaorang. Tiap hari nak balik kerja, saya menangis sebab tahu perlu hadap benda ini lagi. Orang balik rumah nak rehat, nak tenang. Ini terbalik pula," kongsinya lagi.
Antara komen yang dilontarkan netizen.
Perkongsian berkenaan meraih perhatian netizen yang bukan sahaja berkongsi pengalaman, namun rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut mencari rumah sewa lain.
"Aku sebagai orang yang pendiam auto bersyukur dapat roommate macam tu. Penatlah nak layan orang bercakap ni. Hal orang lain pun malas nak ambil kisah, asalkan apa yang kau buat tu tak menyusahkan aku.
"Sebab itulah saya sanggup keluar duit, sewa satu rumah masa bujang dulu.
"Saya sarankan awak pindah, kalau tak nanti hal dalam rumah pun dia canang," demikian antara komen netizen.