GENERASI Z atau Gen Z iaitu golongan yang lahir antara 1997 hingga 2012 sering kali dianggap golongan manja dan mudah melenting.
Mereka juga dikatakan golongan yang perlu 'disuap' setiap masa kerana lahir di era perkembangan pesat teknologi digital dan media sosial.
Namun, dengan pelbagai isu yang timbul ketika sesi persekolahan yang baru dibuka, Gen Z menasihatkan generasi terdahulu iaitu Milenial atau Gen Y untuk melihat sendiri kelemahan mereka.
Gen Z dikatakan golongan yang sering membawa masalah di tempat kerja.
"Pernah juga dengar dari Millenial yang selalu salahkan Gen Z tiada common sense (tidak peka).
"Tapi maaf nak kata, kenapa common sense tu tak ajar dekat anak sendiri? Tiada la hujung-hujung salahkan cikgu sebab anak hilang," kata seorang wanita.
Dia juga berkongsi tangkap layar berkaitan pandangan Gen Y terhadap Gen Z.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat bapa dia punya syarikat?” - Lelaki bengang Gen Z besar kepala, nak pilih sendiri tarikh temuduga kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”
Antaranya ia menyebut Gen Z adalah 'generasi strawberi' yang tidak pandai berfikir atau berdikari dan mudah merajuk apabila dimarahi.
"Tapi Gen Y sebagai ibu bapa, Cikgu kenapa kerja sekolah anak saya tak siap?, Cikgu kenapa anak saya berak cikgu tak tolong cebok?" katanya menyindir.
Aku juga malu dengan segelintir ibu bapa yang perangai macam ni.
NETIZEN
Perkongsian itu disokong netizen terutama dalam kalangan Gen Z yang mendakwa Gen Y sebagai golongan mudah terganggu emosi.
"Lepas pura-pura jadi mangsa nak nampak betul di pihak dia.
"Sebagai Millenial, aku juga malu dengan segelintir ibu bapa yang perangai macam ni," kata warga maya.
Untuk makluman, Gen Y adalah golongan individu yang dilahirkan antara tahun 1981 hingga 1996.
Membesar pada masa peralihan teknologi dari analog ke digital, kemunculan internet dan media sosial, golongan millennials dilihat cekap dalam beradaptasi, kreatif dan berani mengambil risiko.