suria

Geng akak senior pejabat ‘gomen’ berangan jamuan mewah di hotel, paksa staf bayar RM200! Ugut pindah unit jika ingkar

Kebanyakan organisasi akan menganjurkan makan malam tahunan meraikan kakitangan. -Gambar hiasan

SETIAP tahun, banyak organisasi akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kakitangan masing-masing.

Namun, tidak semua individu berminat untuk menyertainya, apatah lagi jika mereka perlu mengeluarkan belanja.

Di Facebook, seorang individu turut membuat luahan dan mendakwa dipaksa membayar RM200 untuk majlis makan malam sebuah unit dalam jabatan kerajaan.

Tak semua pekerja sanggup mengeluarkan belanja untuk menjayakan majlis-majlis anjuran syarikat. -Gambar hiasan

"Kita sendiri pun pembantu koperasi saja. Agak besar jumlah RM200 tu. Majlis dinner ini dikendalikan oleh geng-geng akak senior.

"Mereka yang teruja rancang macam-macam, padahal unit kecil saja. Mereka rancang nak buat grand gila dekat hotel," luah pengadu.

Dalam hantaran sama, dia mendakwa kumpulan pekerja senior yang menguruskan majlis makan malam itu juga suka membodek bos.

Kita sendiri pun pembantu koperasi saja... agak besar jumlah RM200 tu.

PENGADU

"Dah la perah RM200 daripada setiap staf dalam unit, mereka juga tanpa segan silu minta bos-bos besar support sekali event tu.

"Mereka ni kaki kipas. Bos-bos lama yang dah transfer ke tempat lain pun mereka sanggup contact untuk minta sponsor," dakwa pengadu.

Dalam pada itu, pengadu berkata beberapa kakitangan yang enggan membayar RM200 turut diherdik dan diugut ketika sesi mesyuarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan biniARTIKEL BERKAITAN: Ofis lengang, bos mula naik miang! Wanita lapor HR, tak sanggup tubuh terus disentuh majikan

"Dalam meeting, ada yang suarakan tak nak pergi dan tak nak bayar RM200. Akak senior tu tanya nak duduk unit mana? Maknanya macam ugutan nak pindahkan orang ke unit lain kalau tak ikut cakap. 

"Nak mengadu macam mana? Nak laporkan ke mana? Jadi toksik gila tempat kerja kes event dinner macam ni je pun," kongsinya menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia.

Di ruangan komen, seorang individu berkata kakitangan tidak wajib menyertai acara itu jika tiada arahan daripada pihak atasan organisasi terbabit.

Mereka yang tidak mengikut keputusan majoriti biasanya akan disisihkan oleh rakan sekerja. -Gambar hiasan

"Jika majlis dinner ini bukan acara rasmi yang diwajibkan oleh jabatan dan bayaran RM200 itu bukan arahan daripada pihak atasan secara bertulis, maka tidak ada kewajipan untuk staf membayarnya atau menghadirinya," tulis pelayar Facebook itu.

Individu berkenaan turut menggesa pengadu supaya menyemak pekeliling dan peraturan jabatan serta membuat laporan kepada Sumber Manusia atau Bahagian Integriti.

Antara lain, pengadu juga boleh membuat aduan kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain