suria

Anak terpaksa ‘sound’ bapa, geram tiap hari ‘meratib’ masakan ibu tak sedap! Diri sendiri masak mi segera pun tak reti

Anak kurang senang bapa kerap kritik masakan ibu. -Gambar hiasan

TIADA makanan yang lebih mengenyangkan dan menenangkan selain hidangan air tangan ibu sendiri. 

Bagi kebanyakan individu, masakan ibu bukan sekadar hidangan di atas meja tetapi simbol kasih sayang dan pengorbanan. 

Namun, berbeza pula situasi dialami seorang wanita yang kurang senang dengan sikap bapa kerana sering mengkritik masakan ibunya.

Seorang isteri pasti terasa hati sekiranya masakan dikritik pasangan. -Gambar hiasan

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan kerana bapanya terlalu cerewet terhadap masakan ibunya.

"Ayah aku ni suka sangat komen mak masak tak sedap. Aku pula geram bila selalu dengar dia cakap macam tu. Suruh (ayah) masak sendiri, senyap pula," tulisnya.

Lebih membuatkan dia berasa tidak puas hati, bapanya sendiri bukanlah seorang yang pandai memasak tetapi 'rancak' mengkritik dan memberi komen negatif terhadap masakan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan tak sedap... Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tamak, ambil ‘food’ membukit tapi tak habis! Ramai setuju tuan rumah ‘catu’ lauk, dessert kenduri

Wanita itu turut berseloroh dengan menyatakan bapanya mungkin mengalami masalah deria rasa kerana terlalu kerap mengkritik makanan dimasak isterinya tidak sedap.

"Masak mi segera pun tak reti, lagi hebat cucu dari tok wannya. Itu pun lagi mahu komen isteri masak.

"Ayah saya rasa macam dah meratib di bibir tu 'tak sedap'. Kadang-kadang saya cakap juga, lain kali gosok gigi tu gosok lidah lama-lama sikit, baru deria rasa okay," tambahnya lagi.

Serabutlah orang jenis suka membazir tak habis makan atas alasan makanan tak sedap.

NETIZEN

Dalam pada itu dia turut bimbang sekiranya ibunya mogok atau mengambil keputusan untuk ‘gantung kuali’ menyebabkan mereka sekeluarga sukar untuk menikmati hidangan enak.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut tidak bersetuju dengan sikap bapanya. 

Warga maya turut menegaskan bahawa seseorang itu sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan terutama oleh ahli keluarga sendiri, bukannya merungut tanpa alasan munasabah.

Komen netizen di media sosial.

"Tak sedap, makan sikit. Sedap, makan lebih. Nak sedap lagi, masak je sendiri. Ayat tu selalu saya guna. Nak kompelin orang dah susah payah masak untuk awak, feedback macam tu awak bagi.

"Makan je la. Mulut jangan banyak bunyi. Serabutlah orang jenis suka membazir tak habis makan atas alasan makanan tak sedap. Makanan tak sedap pun telan jelah. Lainlah kalau makanan tu basi," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain