suria

Tak pernah mengandung, wanita beranikan diri pertahan ibu hamil diperlekeh sebab tak puasa

Seorang wanita meluahkan rasa simpati dengan nasib ibu hamil. -Gambar hiasan

SETIAP kali Ramadan tiba, salah satu topik yang hangat diperdebatkan adalah ibu hamil yang memilih untuk tidak berpuasa. 

Dari satu tahun ke tahun seterusnya, perkara ini terus menjadi topik sehingga membuatkan seorang wanita terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya.

Menerusi hantarannya yang tular, dia meluahkan rasa hairan mengapa ibu mengandung sering menjadi sasaran kritikan apabila memilih untuk tidak berpuasa walaupun kandungan masih di peringkat awal.

Sesetengah ibu hamil berdepan kritikan ketika bulan puasa. -Gambar hiasan

"Saya tak pernah rasa pengalaman mengandung. Tapi pelik bila ada ibu-ibu yang suka pertikaikan pilihan ibu lain aku hamil pun puasa penuh, cuba je la puasa penuh.

"Masalahnya setiap ibu yang hamil kan berbeza-beza situasi. Tak kisah la ibu tu nak puasa ke tak boleh puasa ke. Itu hak dia kan sebab tahu kemampuan diri dia," tulisnya.

Tambahnya lagi, keputusan untuk berpuasa atau tidak adalah hak individu kerana setiap ibu lebih mengenali tubuh dan kemampuan mereka sendiri. 

Tambahan pula, ibu hamil yang tidak berpuasa pasti sudah bersedia untuk menggantikan puasa atau membayar fidyah. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat sekali je, tak sangka pregnant” - Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis hamil menjelang Ramadan, teman lelaki sedang sambung ‘degree’ takut beritahu mak ayah

Dalam perkongsiannya, wanita ini turut mengingatkan para ibu hamil agar menjaga kesihatan diri dan kandungan tanpa memaksa diri jika tidak mampu berpuasa.

"Yang tak puasa tu dia yang tahu keadaan diri dia pun dia, yang ganti puasa nanti pun dia. Apa kena-mengena dengan hidup orang lain?

"Awak ada anak dalam perut. Kalau apa-apa berlaku yang tak diingini, nanti menyesal pun tak guna. Islam itu mudah, Islam itu indah," ujarnya.

Perkongsian wanita ini turut meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan pendapatnya mengenai pilihan ibu hamil untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Saya pernah buat sekali. Lepas sejam berbuka, membuak-buak saya muntah.

NETIZEN

Malah, ada juga golongan ibu yang turut berkongsi pengalaman pahit mereka cuba berpuasa ketika hamil.

"Saya pernah cuba puasa tapi memang tak pernah pitam atau pengsan. Pendek kata, kuat. Saya pernah buat sekali. Lepas sejam berbuka, membuak-buak saya muntah.

"Lepas tu suami marah sebab degil tak nak berbuka. Sudah la kandungan pertama. Cari pasal. Saya tak buat dah dan tak cuba lagi. Jadi saya lagi takut nak cuba berpuasa dulu.

"Sayang nak berhenti setengah jalan. Automatik saya masuk mood pentingkan diri. Kita lagi kenal diri kita kan," komen netizen.

Antara komen netizen di media sosial.

Untuk makluman, berpuasa dalam bulan Ramadan adalah rukun Islam yang wajib bagi setiap Muslim yang memenuhi syarat berpuasa.

Memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, bagi wanita hamil, mereka dibenarkan berbuka puasa dalam keadaan tertentu.

Antara alasan dibenarkan adalah jika mereka bimbang mudarat pada diri sendiri atau diri dan anak, wajib qada (ganti) puasa seperti orang sakit.

Selain itu, jika ibu hamil bimbang mudarat pada anak sahaja, wajib qada puasa dan bayar fidyah satu mud (cupak) bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain