BANGUN awal pagi untuk sahur sememangnya menguji kesabaran di bulan Ramadan.
Lebih mencabar bagi kaum perempuan yang datang haid kerana tidak dibenarkan untuk berpuasa termasuk solat, tapi dalam masa sama perlu menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa untuk suami serta anak-anak.
Timbul tanda tanya adakah golongan 'perempuan uzur' ini masih perlu melakukan persiapan bagi mereka yang wajib berpuasa?
Wanita Wanita sering masuk ke dapur membuat persiapan sahur. -Gambar hiasan
"Bila satu rumah, perempuan uzur tak boleh puasa dan solat dan hanya geng-geng lelakilah yang perlu puasa.
"Tapi akhirnya perempuan juga tetap berhempas-pulas kat dapur untuk siapkan makanan sahur.
"Agaknya kalau kita tanya, sahur kurma dengan air je okay tak?" luah seorang wanita menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3.30 pagi mentua ‘gegar’ pintu bilik suruh bangun sahur... Lepas makan sambung tidur sampai Subuh
Menurut wanita itu, dia sebenarnya tidaklah keberatan menyediakan makanan sahur untuk penghuni yang berpuasa.
Bagaimanapun dia terfikir sama ada sajian yang begitu ringkas seperti kurma dan minuman sudah memadai untuk mereka yang bersahur.
Malah, dia turut tertanya-tanya sama ada lelaki berpuasa ini mampu menyediakan makanan sahur sendiri dan boleh menikmatinya secara ringkas seperti makan kurma dan minum.
Dah kita (perempuan uzur) tak boleh puasa, mengaji, solat, kenapa tidak kita cari alternatif lain untuk buat pahala kan?
NETIZEN
"Itulah tekak masing-masing kan. Tapi sebenarnya okay je.
"Masakkan untuk orang bersahur besar pahalanya. Tapi saja je tanya agak-agak mereka okay tak sahur sendiri minum air dengan kurma je," ujarnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tanpa mengira lelaki mahupun perempuan tampil memberikan pandangan dan reaksi masing-masing.
Ramai lelaki memasak hidangan sahur sendiri. -Gambar hiasan
Malah, ada yang menyifatkan persediaan makanan itu merupakan sifat semula jadi kaum wanita, terutamanya bagi ibu, isteri dan adik-beradik perempuan.
"(Suami) Okay je kurma dan air. Tapi bagitahu sebelum tidur supaya masing-masing tak terkejut bila sahur. Benda boleh bincang.
"(Isteri) Kalau aku tak boleh puasa, automatik malas betul nak bangun sahur. Suami aku pun dan-dan tak nak sahur beriya-riya. Dia sahur kurma dengan air je.
"(Isteri) Bagi saya, walaupun uzur, saya masih masak dan sediakan makanan untuk orang puasa. Besar tau pahala sediakan makanan untuk mereka ni. Dah kita tak boleh puasa, mengaji, solat, kenapa tidak kita cari alternatif lain untuk buat pahala kan?
"Kami lelaki okay je makan kurma waktu sahur. Tapi momen bila seorang 'perempuan uzur' sudi nak teman suami sahur, sediakan sedikit makanan dengan masak bahan mentah yang suami beli. Sebab tahu uzur tak dapat puasa tapi kejar pahala yang lain," antara komen netizen.