suria

Masjid viral sebab cantik, ada orang teragak-agak nak pergi sebab ramai warga asing - “Bukan kau punya pun, itu rumah Allah”

Ramai warga asing yang bekerja di Malaysia turut datang ke masjid untuk beribadah. -Gambar hiasan

KEINDAHAN Masjid Damansara Perdana di Petaling Jaya, Selangor terus menerima pujian ramai selepas ia tular di media sosial.

Di sebalik perkongsian video mengenai keindahan masjid itu, terselit komen beberapa individu yang didakwa bersikap perkauman terhadap warga asing.

Menerusi komen yang ditulis, mereka seolah-olah kurang senang untuk mengimarahkan masjid itu disebabkan kehadiran warga Bangladesh.

Tangkap layar komen beberapa pengguna Instagram yang tidak menyenangi kehadiran orang Bangladesh di masjid. -Gambar hiasan

"Tapi ramai Bangla yang pergi masjid ni. So macam nak iftar kat sini macam hmm.

"Aku tak racist. Tapi aku tahu memang tak selesa kalau ramai Bangla. Bau mereka lagi," demikian antara komen netizen.

Tak perlu racist. Itu bukan rumah kau pun, itu rumah Allah. Manusia yang menguruskan je.

NETIZEN

 

Tangkap layar komen-komen itu kemudiannya ditularkan ke aplikasi X sehingga mereka menerima kecaman ramai.

Rata-rata pelayar X menyelar sikap perkauman yang ditunjukkan, apatah lagi ia berlaku ketika bulan Ramadan.

"Tak perlu racist. Itu bukan rumah kau pun, itu rumah Allah. Manusia yang menguruskan je.

ARTIKEL BERKAITAN: 19 tahun cari rezeki di Malaysia, pekerja Bangladesh makan nasi dengan garam je... dakwa kumpul RM800,000

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Bangladesh kaya kerja di Malaysia, pemuda terkedu ada 300K dalam akaun! Terasa ‘merempat’ di negara sendiri

"Solat Jumaat aku tengok ramai Bangla masukkan duit dalam tabung.

"Kalau muslim orang putih, bukan main lagi kau agung-agungkan," tulis beberapa netizen.

Susulan tularnya kisah itu, seorang lagi pelayar X turut berkongsi cerita mengenai individu yang sering berbuat baik kepada orang Bangladesh sepanjang hidupnya.

Muslim recite the doa before Friday prayer at Al-Imam Ash-Shafie mosque in Taman Maluri during the Recovery Movement Control Order on Friday. AZMAN GHANI / The Star

Masjid merupakan tempat beribadah untuk semua umat Islam tanpa mengira latar belakang mereka. -Gambar hiasan

"Teringat dulu ada kariah masjid meninggal. Ramai Bangla datang solat. Orang tempatan pun pelik, kenapa ramai Bangla datang solat?

"Rupa-rupanya, arwah selalu tolong tumpangkan pekerja Bangladesh pergi masjid. Nampak je tepi jalan, tumpang.

"Keikhlasan arwah tersebar dari mulut ke mulut mereka," kongsi pelayar X yang dikenali sebagai Fendi itu.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain