suria

Ambil lauk ala kadar di ‘mamak’, pemandu Grab tak selesa hamba Allah belanja makan besar! Risau diri dijadikan ‘content’

Kita kadang-kala mudah bersimpati jika melihat ada yang berbuka puasa sendirian. -Gambar hiasan

SETIAP kali tibanya Ramadan, ramai dalam kalangan kita berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Salah satu cara paling mudah untuk meraih pahala adalah dengan bersedekah kepada insan-insan memerlukan.

Di TikTok, seorang pemandu Grab turut berkongsi kisahnya yang pernah diberi makanan percuma ketika berbuka puasa di sebuah restoran.

Sebilangan pemandu terpaksa berbuka puasa lewat kerana perlu menghantar pelanggan ke destinasi. -Gambar hiasan

Sebilangan pemandu terpaksa berbuka puasa lewat kerana perlu menghantar pelanggan ke destinasi. -Gambar hiasan

"Ramadan satu waktu lalu, aku memandu Grab macam biasa. Aku singgah kedai mamak. Ambil sedikit nasi, kuah kari, ayam cincang tiga ketul, air kosong, kurma tiga biji.

"Bukan tak mampu tapi itulah kemampuan tekak dan perut waktu berbuka nanti. Tiba-tiba muncul sotong, sayur, ayam goreng dan lauk lain di meja aku.

"Aku pula memang duduk berseorangan. Aku panggil mamak, cakap kat mamak mungkin salah meja. Tapi mamak cakap itu satu famili yang suruh bagi dekat aku," ujarnya memulakan cerita.

Risau juga mereka ambil gambar dan tularkan, sejak hari tu aku rela berbuka beli roti dan air di stesen minyak.

PEMANDU GRAB

Menurutnya, dia sempat berbalas pandangan dengan keluarga yang pemurah itu, namun dalam masa sama bimbang dirinya menjadi 'content' (kandungan) untuk ditularkan di media sosial.

Disebabkan peristiwa itu, dia lebih memilih untuk berbuka puasa di stesen minyak, selain tidak mahu menyusahkan sesiapa yang mungkin bersimpati melihatnya.

"Aku memandang pada famili tu, dia bagi isyarat bagus dan makanlah dia belanja. Aku bukan apa, niat aku lepas Maghrib kat mamak tu nak sambunglah segelas teh tarik, niat tu terbantut dan fikiran aku menerawang macam mana nak habiskan?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing ditimpa musibah di awal Ramadan... Duit gaji RM1,000 tercicir, selang 2 hari tayar baru pula bocor!

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak... Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji

"Risau juga mereka ambil gambar dan tularkan, sejak hari tu aku rela berbuka beli roti dan air di stesen minyak. Takut orang salah sangka dan menyusahkan mereka. Orang Malaysia memang baik dan pemurah.

"Semoga mereka yang beramal jariah ini diberi pahala berganda dari-Nya, teringin nak order teh tarik sebelum sambung memandu, terus tak jadi takut dikatakan ambil kesempatan," tulis pemuda itu lagi.

Di ruangan komen, beberapa individu turut memberi cadangan kepada pemandu Grab itu untuk berbuka puasa di masjid sepanjang bulan Ramadan.

Golongan penghantar makanan berdepan kesibukan menjelang waktu berbuka puasa. -Gambar hiasan

Golongan penghantar makanan biasanya sibuk menjelang waktu berbuka puasa. -Gambar hiasan

"Masjid banyak makanan bro. Ramai orang bersedekah. Teh tarik pun ada.

"Dik, buka kat masjid atau surau. Senang dengan solat sekali.

"Singgah mana-mana masjid tuan. Berbuka di sana, solat Maghrib dan teruskan mencari rezeki," tulis beberapa pelayar TikTok.

 

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain