DALAM zaman serba moden kini, semakin ramai ibu memilih untuk meneruskan kerjaya walaupun sudah berkeluarga.
Bukan bertujuan mencapai impian peribadi, tetapi realiti zaman sekarang yang menyaksikan kos sara hidup semakin meningkat, memaksa golongan ibu turut sama mencari nafkah bagi menyokong kewangan keluarga.
Namun, keputusan ini sering menimbulkkan dilema terutama apabila terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil kepada pengasuh atau penjaga.
Kesibukan tugas di pejabat dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga membuatkan wanita terdedah kepada sindrom 'burn out'. -Gambar hiasan
Bagaimanapun tugas mereka sebagai ibu belum tamat meskipun sudah pulang dari pejabat kerana perlu melakukan pelbagai kerja rumah pula.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita yang turut menghantar anaknya kepada pengasuh mengakui dilema memikirkan kewajaran tindakannya mengambil anak pada waktu petang meskipun ada kalanya pulang ke rumah lebih awal.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun mengasuh, baru sekali ambil cuti sakit... Pengasuh tak sangka mak ayah tetap hantar anak, diberi kata dua batal ‘job’
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas pengasuh asyik tanya gaji, pagi buta hantar mesej peringatan... Makin menjadi-jadi ketika nak sampai hujung bulan
"Saya cuma nak tanya. Adakah salah kalau kita hantar anak ke pengasuh, kemudian kadang kala kita sampai rumah awal tapi kita tak ambil anak lagi?
"Sebab nak kemas rumah atau buat benda lain dulu. Dah cukup masa baru ambil.
"Jadi kita dapat bermain bersama anak dengan aman sebab dah settle semua perkara. Perkara ini sentiasa bermain di fikiran sejak saya bersembang dengan seseorang mengenainya," tulisnya.
Kita bayar dan bukan selalu pun.
NETIZEN
Menurut wanita berkenaan, dia sekadar meminta pandangan kerana tidak mahu dirinya dibelenggu rasa bersalah seolah-olah tidak jujur dan tindakan sedemikian akan menyusahkan pengasuh.
Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya sependapat bahawa tindakan tersebut tidak menjadi kesalahan sekiranya kedua-dua pihak sudah bersetuju mengenai waktu asuhan yang sudah ditetapkan.
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan pelayar berkenaan.
"Dah bayar kan. Lagipun kadang-kadang kita nak me time kejap. Bukan nak kemas rumah je tapi nak recharge mentally too.
"Tak salah, janji awak tak ambil lewat dan jangan share awak balik awal. Kadang-kadang saya guna time hantar anak kepada pengasuh untuk saya cuti dan me time, dating dengan suami. Kita bayar dan bukan selalu pun.
"Asalkan dalam tempoh masa perjanjian jaga anak. Kekadang kemas rumah, me time atau keluar dengan suami. Kalau dah melampaui masa, itu yang tak boleh. Aniaya pengasuh," demikian antara komen netizen.