SEPATUTNYA keputusan menghantar anak untuk dijaga pengasuh akan memudahkan urusan ibu bapa berkerjaya, namun lain pula jadinya.
Gara-gara pengasuh kerap mengambil cuti, seorang wanita terpaksa berdepan kesulitan di tempat kerja.
Menurut wanita itu, dia juga terpaksa mengambil cuti tahunan (AL) atau mengupah orang lain bagi menjaga anaknya.
"Pengasuh kerap cuti, kita pula terpaksa ambil AL dan bayar orang lain untuk mengasuh.
Seorang wanita membahagikan masa dan tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah. -Gambar hiasan
"Duit pengasuh tak pernah tolak selama dia cuti. Kemudian raya nanti dia request nak cuti seminggu pula.
"Sakit otak kita ni fikir nak keluar duit bayar orang lain lagi untuk mengasuh," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Wanita itu memberitahu, dia mengupah pengasuh berkenaan sebanyak RM900 setiap bulan untuk menjaga dua anaknya, masing-masing berusia tiga tahun dan empat bulan.
Jika pengasuhnya bercuti, dia perlu mengupah orang lain dan kadar bayaran yang dikenakan ialah mengikut jam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkedu lihat bayinya berpanas di khemah ikan bakar bazar, pengasuh kantoi bisnes cari duit raya
ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun cuti raya tak lulus, gaji tak pernah naik... Wanita bertahan kerja di syarikat toksik sebab 2 perkara
Terbaharu, wanita itu berkata pengasuhnya memohon untuk bercuti selama tiga hari.
"Sebelum ni masa anak seorang tak kisah lagi. Sekarang dah dua orang. Sesak juga sampai tiga hari dia nak cuti.
"Okey ke kalau potong duit tiga hari yang dia cuti tu, untuk bayar (upah) orang lain? Penat la fikir. Bajet lari kalau macam ni," ujarnya buntu dan kecewa.
Kena ada plan cari pengasuh lain. Stres fikir setiap kali dia minta cuti tu.
IBU
Di sebalik rungutan itu, wanita berkenaan akur walaupun pengasuhnya kerap mengambil cuti, dia mempunyai kredibiliti untuk menjaga anak-anaknya dengan baik.
"Sebenarnya saya bertahan sebab dia mengasuh anak-anak elok. Tapi sakit bab nak kena double commitment setiap kali dia cuti," katanya.
Bimbang menghantar anak yang masih kecil ke taska. -Gambar hiasan
Jelasnya lagi, dia kini tidak mempunyai baki cuti tahunan yang banyak kerana sudah digunakan sejak awal tahun.
"Baru masuk bulan tiga (Mac), AL dah tinggal berapa hari je. Raya pula minta nak cuti sampai seminggu.
"Kita yang kerja dengan syarikat pun raya ketiga dah masuk kerja.
"Plan memang nak hantar anak ke taska tapi yang baby kecil baru umur empat bulan. Dengan kes sekarang, sangat takut," katanya yang merujuk mengenai banyak banyak berita kematian dan kecederaan kanak-kanak di taska.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu dalam pertimbangan untuk mencari pengasuh baharu yang tidak bermasalah.
"Kena ada plan cari pengasuh lain. Stres fikir setiap kali dia minta cuti. Kenduri rumah mak la, kenduri adik la. Ni kenduri nenek pula raya ni.
"Nak hantar taska banyak sangat kes. Sebab tu cari pengasuh yang boleh one to one dengan dia. Tapi pengasuh macam ini pula perangai," katanya.