SETIAP kali tiba musim perayaan, ramai akan membuat kira-kira berkaitan perbelanjaan yang akan digunakan bagi memastikan status kewangan berada dalam keadaan baik.
Di media sosial seorang wanita menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi perincian tentang kira-kira agihan wang untuk raya untuk ahli keluarga.
Dalam satu perkongsian, wanita ini menunjukkan satu jadual yang dibuat menggunakan Google Sheet, di mana pembahagian duit raya dilakukan secara adil antara dia dan suaminya.
Seorang wanita merancang untuk memberikan ibu bapa RM50 sebagai duit raya. -Gambar hiasan
"Buat kira-kira bajet untuk duit raya. Mula-mula nak bagi dekat ibu bapa masing-masing RM50 dan untuk adik-adik nak bagi RM25.
"Tapi suami ingatkan banyak lagi nak guna duit. Kami duduk perantauan jadi kos nak travel, kuih raya, bahan mentah dan segalanya.
"Lepas raya ada temu janji dengan doktor lagi," keluh wanita itu mengenai situasi kewangannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai pokai kerana terlebih bajet beri duit raya... Ini 5 tip elak poket kering sebelum dapat gaji bulan depan
ARTIKEL BERKAITAN: Pekakkan telinga kalau budak-budak ‘judge’ duit raya... Lakukan ini jika anda tak mahu pokai lepas Aidilfitri
Menurut kiraan yang dibuat, suaminya memperuntukkan sebanyak RM185 dan dirinya juga menyumbang jumlah yang sama, menjadikan keseluruhan bajet mereka untuk duit raya adalah RM370.
Namun, perkara ini menjadi topik perdebatan apabila ada yang menyifatkan wanita tersebut terlalu berkira dengan keluarganya.
Sedangkan apabila warga maya meneliti di Instagram milik peribadi wanita itu, dia dilihat menikmati makanan mewah.
Mungkin sis makan sedap-sedap je tunjuk dekat Instagram, masa makan biasa tak tunjuk.
NETIZEN
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang, menyatakan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya diberi jumlah yang kecil.
"Dengan mak ayah bagi banyak pun tak apa, balik nanti makan, tidur, minum semua guna di rumah mereka. Jangan berkira dengan mak ayah.
"Maaf sis, tapi kalau tengok Instagram awak makanan semua mewah-mewah. Kalau setakat RM25 tu, sekali makan pun dah habis," tambah seorang lagi.
Komen netizen di media sosial.
Bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankan wanita ini dengan menyatakan bahawa dia pasti ada perancangan kewangan tersendiri.
"Mungkin ketika dia makan sedap-sedap je tunjuk dekat Instagram, masa makan biasa tak tunjuk. RM50 seorang dah okay kalau itu yang termampu.
"Nak isi minyak, buah tangan untuk keluarga semua pun habis banyak juga. Jangan dengar cakap orang, yang penting kita tahu kemampuan sendiri," kata netizen yang menyokong.