SEPANJANG bulan Ramadan umat Islam berlumba-lumba untuk mengejar pahala dan meningkatkan amal ibadah.
Namun, seorang wanita menganggap Ramadan kali ini sebagai satu detik yang suram selepas dia mengetahui rahsia gelap suaminya.
Menurut wanita itu, fikirannya terganggu selepas membaca perbualan suaminya dengan seorang gadis yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan
"Hari tu tertengok telefon suami. Saja buka Telegram, tak pernah terdetik nak tengok pun sebelum ni. Ternampak chat ada Onlyfans dan nama seorang gadis.
"Saya tekan chat gadis itu dan mengejutkan suami saya pernah ambil servis daripada dia. Terus tak boleh tidur sampai sahur sebab asyik berfikir.
"Tangan ketar-ketar lepas tahu sebab dia suami yang baik. Sahur tadi, saya bangun kejut dia makan, tapi rasa tak boleh tengok muka dia lagi," luahnya.
Kali terakhir dia chat gadis beberapa bulan sebelum kami kahwin.
ISTERI
Menurut wanita itu lagi, dia kecewa memandangkan suaminya melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mereka mengikat tali pertunangan lagi.
"Kali terakhir dia chat gadis tu ialah beberapa bulan sebelum kami kahwin. Maksudnya masa tunang pun dia ada ambil servis tu la. Hancur hati ni.
"Sedih sangat sebab dia buat semua tu sebelum dan selepas jumpa saya," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin seks, malu walau dah lama kahwin! Elak berlaga bahu isteri, apatah lagi mula dulu - “Bab batin dia kurang”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, nafsu seks sentiasa membara! Isteri nekad fail cerai, cuma rehat waktu datang bulan
Dalam hantaran sama, dia turut bertanya kepada netizen sekiranya perlu mendiamkan diri atau berbincang dengan suaminya berkenaan rahsia itu.
"Isteri selalu ada naluri kan? Sekejap je Allah nak tunjuk. Tak tahu berapa lama nak bersedih. Patut saya simpan saja atau bercakap mengenainya?
Kecurangan suami pastinya akan menyebabkan isteri makan hati. -Gambar hiasan
"Rasa macam nak amnesia je, lupakan semua balik. Dia anak yang baik terhadap ibunya.
"Saya tak percaya dia buat semua tu tapi ada (bukti) selfie dalam chat tu, tak boleh nak husnudzon lagi," luahnya lagi.