suria

Suami enggan belikan baju raya, suruh pakai koleksi lama… Rupanya perangai kedekut muncul tiap kali kena beraya belah isteri!

Isu raya sering kali menjadi topik berbalahan antara suami isteri. -Gambar hiasan

SETELAH setengah bulan umat Islam berpuasa, persiapan menyambut Aidilfitri semakin rancak, termasuk membeli baju dan kasut raya.

Namun situasi berbeza dilalui wanita ini apabila suaminya sama sekali tidak teruja menyediakan persalinan raya buat mereka berdua.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, suaminya mula menunjukkan sikap yang agak dingin memandangkan Aidilfitri tahun ini bakal diraikan di kampung ibu bapanya.

"Saya sedih apabila nak raya giliran rumah mak saya je, mesti suami macam tak nak beli apa-apa pun. Katanya... tahun ni tak payah la beli baju raya, pakai ja baju yang tahun lepas.

Hari raya adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul bersama sanak saudara. -Gambar hiasan

"Tapi apabila raya rumah mak dia macam tahun lepas, sakan beli macam-macam. Entahlah... sedih la, padahal mampu ja nak beli baju," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok.

Menurut wanita tersebut, bukan hanya ketika gilirannya menyambut hari raya sahaja, tetapi lelaki berkenaan akan bersikap demikian setiap kali pulang ke kampung ibu bapanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bosan balik rumah mentua, sambutan raya amat sendu! Rindu keluarga sendiri yang lebih 'happening'

ARTIKEL BERKAITAN: Geram menantu dah 11 tahun bawa anak bini beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan sampai raya ke-3

"Sama juga hari biasa, apabila balik kampung mak saya, suami mesti duduk dalam bilik lepas tu buat-buat mengantuk.

"Padahal family saya tak ada pun macam keluarga dia yang selalu burukkan saya tu. 

"Keluarga dia selalu nak push saya jadi orang yang mereka nak, saya okay je. Tapi apabila dia, hanya saya saja tahu. 

Cuba buat reverse pula... tengok dia macam mana.

NETIZEN

"Keluarga dia ingat dia eloklah dengan keluarga saya padahal duduk dalam bilik 24 jam. Kalau saya yang duduk dalam bilik di rumah mak dia, mahu kena serang," tulisnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang rasa simpati warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi perasaan sedih dan kecewa dengan ketidakadilan yang dirasainya.

Mereka dalam pada itu menasihatkannya supaya bertindak tegas agar tidak berterusan menerima layanan yang tidak wajar daripada suami dan keluarga mentuanya.

Antara komen netizen.

"Cuba buat reverse pula... tengok dia macam mana. Kalau saya, saya buat balik apa yang dia buat.

"Dia tak nak beli sudah. Akak beli untuk diri dan anak akak. Jangan ambil hati tapi kita lawan macam tu. Asyik hati bini je yang sakit.

"Kalau macam tu, kamu raya rumah mak kamu... dia raya rumah mak dia," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain