suria

Rajin masuk dapur, ringan tulang bantu cuci pinggan pun tetap disindir - “Anak perempuan apa tak reti masak?”

Kebanyakan wanita rajin membuat persiapan di dapur. -Gambar hiasan

BULAN Ramadan ini menyaksikan kaum wanita yang paling sibuk di dapur.

Mana tidaknya, kebanyakan mereka menyiapkan juadah sahur dan berbuka puasa untuk keluarga, suami serta anak-anak.

Perkara itu diakui seorang wanita yang mula berjinak-jinak ke dapur sejak awal Ramadan lalu.

"Bulan puasa ni memang boleh cakap perempuan je kat dapur," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Selain wanita, lelaki juga membantu melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan

Tanpa berselindung wanita itu mengakui dia tidak pandai memasak, namun cuba membantu melakukan kerja-kerja di dapur.

"Saya cuba yang terbaik untuk bantu sepanjang menyiapkan juadah dan mencuci pinggan yang tidak kesudahan.

"Tapi saya masih dapat kata-kata seperti... anak perempuan apa la tak reti masak macam ni? Anak perempuan apa la tak bangun awal untuk siapkan sahur," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita uzur disaran jangan berkira sedia sahur untuk keluarga, tak boleh puasa kejarlah pahala cara lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

Menerusi hantaran sama, katanya pihak lelaki dilihat lebih beruntung berbanding wanita, terutamanya di bulan Ramadan.

Ini kerana lelaki tidak dijadikan sasaran untuk memasak di dapur berbanding wanita yang perlu menyiapkan juadah sahur dan berbuka.

Kalau tak reti masak, boleh je potong potong, bersihkan dapur. Ambil peranan dan giliran.

NETIZEN

"Lelaki boleh bersenang-senang dari pagi sampai waktu buka... kemudian sambung ke moreh sampai pagi esok.

"Tapi tetap jugalah dicarinya salah kita ni (anak perempuan) sebab tak reti masak," ujarnya.

Seorang wanita penat selepas selesai bekerja. -Gambar hiasan

Meskipun sering dijadikan bahan gurauan disebabkan tidak pandai memasak, namun tindakan itu boleh membuatkan hatinya tergores.

"Kadang tu boleh la buat macam tak rasa apa-apa... buat gurau dengan benda tu tapi jauh di sudut hati memang terasa juga.

"Macam kita kat rumah ni tak berguna langsung," katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata semangat kepada wanita itu sambil menasihatkannya supaya berfikiran positif.

"Pedulikan mulut mulut tu. Kamu buat yang terbaik, kalau tak reti masak, boleh je potong potong, bersihkan dapur. Ambil peranan dan giliran.

"Selalu masak nasi, basuh pinggan, rendam ikan atau ayam, buat air, hidang makanan dan kemas meja lepas makan. Itu kira awak dah tolong peratus," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain