suria

“Sebab tu jodoh saya belum sampai” - Gadis tak khusyuk solat di masjid, terganggu ada anak kecil main di ruang Muslimah

Segelintir jemaah tidak dapat beribadah dengan tenang kerana bunyi bising kanak-kanak. -Gambar hiasan

SEPANJANG bulan Ramadan, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang melipatgandakan amal ibadah masing-masing.

Di TikTok, seorang gadis turut berkongsi kisahnya yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Namun malangnya menurut gadis itu, dia tidak mampu untuk solat dengan tenang kerana terganggu dengan kehadiran kanak-kanak.

Solemn prayers!A boy looking on curiously while conducting the morning prayers during Hari Raya Haji Al- Adha at Sultan Azlan Shah Mosque Ipoh.RONNIE CHIN/The Star

Ramai ibu bapa membawa anak-anak ke masjid untuk melatih mereka sejak usia muda. -Gambar hiasan

"Tadi solat di masjid. Ada seorang ibu, dia je yang bawa anak-anak kecil masuk ruangan solat Muslimah. Anak-anak dia bising lari-lari sebelah saya.

"Si ibu nampak anak-anak dia macam tu, dia minta tukar tempat solat dengan saya. Mungkin tak nak saya terganggu dengan anak-anak dia.

"Sejujurnya memang saya terganggu. Saya tak boleh khusyuk solat," tulis gadis itu menerusi hantaran tular yang dimuat naik pada Sabtu.

Makcik yang lain santai saja solat macam tiada apa berlaku. 

GADIS BUJANG

Di sebalik kekangan itu, pengadu berkata dia tidak marah kepada wanita berkenaan, sebaliknya kagum dengan kesabaran yang ditunjukkan.

Malah katanya, mungkin sebab itu juga dia masih belum dikurniakan rezeki untuk mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata.

"Tapi saya tak salahkan ibu. Mungkin tiada orang nak tolong jaga di rumah, jadi dia bawa sekali. Apabila fikir balik, mungkin sebab tu jodoh saya belum sampai. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah lelaki ‘belanja’ di masjid, pakai jubah putih nampak seluar dalam kartun - “Habislah orang belakang tak khusyuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid viral sebab cantik, ada orang teragak-agak nak pergi sebab ramai warga asing - “Bukan kau punya pun, itu rumah Allah”

"Budak bising pun dah menganggu solat. Makcik yang lain santai saja solat macam tiada apa berlaku. Mungkin Allah tahu solat saya lebih khusyuk jika saya bujang. 

"Jadi Allah takdirkan saya bujang. Allah lebih tahu apa yang terbaik," tulisnya lagi.

Tambah gadis itu, dia juga berharap tindakan wanita tersebut datang ke masjid akan menjadi contoh yang baik untuk anak-anaknya suatu masa nanti.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosquein Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Jemaah wanita tak melepaskan peluang untuk solat berjemaah di masjid. -Gambar hiasan

"Lagi satu, anak-anak belajar daripada perbuatan ibu. Tak mustahil apabila besar anak-anak jadi pelapis generasi akan datang yang solat berjemaah.

"Kepada ibu tadi, saya kagum dengan akak. Tak ramai ibu sanggup tahan malu anak-anak bising semata-mata nak datang berjemaah cari pahala di masjid. 

"Semoga anak-anak akak jadi solehah disebabkan ibunya yang sabar," tulis gadis itu lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain