KESIBUKAN dengan tugas harian dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga pasti membuatkan kaum ibu kepenatan lebih-lebih lagi ketika sedang berpuasa.
Maka tak hairanlah ada kalanya mereka terlupa atau tidak sempat untuk melakukan sesuatu pada saat-saat terakhir sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini.
Menurut wanita tersebut, dia hanya menyedari bekalan gas memasak di rumahnya kehabisan ketika mahu menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
Tanpa berlengah, dia segera menghantar mesej kepada pembekal gas yang biasa dihubunginya untuk memesan tong gas baharu.
Tangkap layar (screenshot) perbualan antara wanita tersebut dan pembekal gas.
Namun apa yang membuatkan dia terkilan, jawapan daripada pembekal gas tersebut seolah-olah kurang beradab biarpun mesej dihantar dalam bahasa yang sopan.
"Maaf, sekarang ni rush hours semua nak cepat! Jalan jammed, benda berat lagi, nak hujan lagi," demikian balasan mesej yang dikirim.
Biarpun begitu, wanita tersebut berkata dia boleh menunggu dan bertanya anggaran waktu untuk bekalan gas dihantar ke rumahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok
ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain
Malah wanita itu menambah, dia akan cuba menghubungi pembekal gas lain jika pesanannya tidak dapat dihantar.
"Setakat yang termampu je. Text panjang lebar ni pun dah buang masa. Sabar ya. Kedai gas tutup pukul 6 petang, order ada lagi tujuh.
"Semoga ada yang boleh hantar... sekarang order, sekarang hantar," demikian jawapan pembekal gas berkenaan lagi.
Dia macam tak marah tu, cuma ayat dia tunggang terbalik.
NETIZEN
Namun selepas hampir kira-kira satu jam, pembekal gas berkenaan memaklumkan akan menghantar bekalan gas dan sempat mengucapkan terima kasih kerana menunggu.
Apa yang melucukan, di akhir perbualan, pembekal gas tersebut sempat menulis 'ayat comel' selepas membalas dalam bahasa yang kurang beradab.
"Penghantaran gas anda dalam perjalanan sekarang. Tiba dalam masa tujuh minit. Be happy," tulisnya.
Reaksi yang bercampur daripada warga maya.
Hingga kini ciapan wanita tersebut meraih 1,400 ulang kicau dan rata-rata warga maya meluahkan rasa terhibur dengan perkongsiannya.
"Dia rasa kena push la tu kak, kau kata urgent. Member dah la naik motor dengan ada order banyak tak settle. Tiba-tiba kau WhatsApp kata urgent.
"Aku baca dengan nada yang kelakar, dia macam tak marah tu, cuma ayat dia tunggang terbalik.
"Aku suspect dia pakai ChatGPT untuk balas mesej awak," demikian antara komen netizen.