suria

Barisan dibiar lompong, wanita geram tengok geng makcik-makcik degil tak mahu rapat saf solat - “Telekung kau busuk ke?”

Kaum Hawa juga tidak melepaskan peluang untuk solat tarawih di masjid. -Gambar hiasan

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, masjid dan surau di seluruh negara meriah dengan program berbuka puasa serta solat tarawih berjemaah.

Namun, seorang individu di TiKTok tular selepas dia mendedahkan sikap segelintir jemaah wanita yang mementingkan diri ketika solat di masjid.

Dalam video tular itu, dia mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang tidak mahu merapatkan saf walaupun sedang solat secara berjemaah.

Muslims peform a terawih prayer at Sultan Mizan Zainal Abidin mosque in Putrajaya as tomorrow is a first day of Ramadhan. MOHD SAHAR MISNI/The Star

Ramai merebut peluang untuk menggandakan ibadah sepanjang bulan Ramadan. -Gambar hiasan

"Saya nak tanya, kenapa jemaah wanita di Malaysia susah nak rapatkan saf? Kenapa nak kena ada penjarakan yang masa zaman Covid-19, macam ada 1 meter jarak? Boleh masuk seorang lagi dalam saf tu.

"Saya tak faham kenapa, adakah sebab tak nak bagi orang sebelah bau telekung kau busuk? Lepas tu, contoh kalau dalam saf depan ada kosong, yang kat belakang tu anjaklah ke depan. Apa yang susahnya? 

"Fahamlah mungkin nak solat jemaah dengan kawan-kawan, tapi buat apa? Tak payah sekali-sekali, bukannya boleh berborak. Kau nak gosip lagi masa tarawih?" luah wanita itu.

Kau tengah solat jemaah kot, kena rapatkan saf... apa yang susah sangat?

WANITA TIKTOK

Dalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan jemaah yang gagal merapatkan saf kerana menggunakan sejadah sendiri yang bersaiz besar.

"Lagi satu pasal sejadah, fahamlah ada bawa sejadah masing-masing, contohlah sejadah tu besar, lepas tu kawasan tu kau seorang saja? Boleh je orang sebelah tu nak rapatkan. 

"Kau tengah solat jemaah kot, kau kena rapatkan saf. Jadi apa yang susah sangat?" ujar wanita itu menerusi video yang meraih lebih 80,000 tontonan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid viral sebab cantik, ada orang teragak-agak nak pergi sebab ramai warga asing - “Bukan kau punya pun, itu rumah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah lelaki ‘belanja’ di masjid, pakai jubah putih nampak seluar dalam kartun - “Habislah orang belakang tak khusyuk”

Menurut pemilik TikTok itu lagi, dia bukanlah seorang ustazah, namun mahu orang ramai sama-sama beringat dan saling menegur untuk kebaikan bersama.

"Saya minta maaf makcik-makcik, saya bukan nak condemn, tapi kebanyakanannya kenapa makcik-makcik ni susah sangat nak rapatkan saf? 

Muslim recite the doa before Friday prayer at Al-Imam Ash-Shafie mosque in Taman Maluri during the Recovery Movement Control Order on Friday. AZMAN GHANI / The Star

Jemaah tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri ketika beribadah di masjid. -Gambar hiasan

"Saya bukan ustazah, tapi saya faham waktu solat jemaah kita kena rapatkan saf. Tolonglah kalau nak solat di masjid, tolong faham untuk rapatkan saf, bukannya jarakkan saf.

"Kalau nampak, tegurlah mereka untuk rapatkan saf. Hanya perlu anjak sikit je, saf dah rapat," ujarnya mengakhiri bicara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain