BOLEH dikatakan kes kecederaan melibatkan mercun agak sinonim setiap kali tibanya Ramadan.
Namun dalam satu hantaran di laman X, seorang doktor berkongsi pengalaman unik apabila dia perlu bergegas ke dewan bedah kerana insiden seorang kanak-kanak tertelan token yang digunakan untuk mesin permainan.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada malam 15 Ramadan lalu, Dr Mohd Shaiful Nizam berkata ketika kejadian, dia dalam mode oncall dan baru selesai menunaikan rakaat kelapan solat tarawih.
"Selesai sahaja lapan rakaat tarawih, terus bergegas ke dewan bedah hospital untuk keluarkan 'foreign body' atau bendasing di dalam saluran esofagus seorang budak," tulisnya dalam satu hantaran di laman X.
Token mesin permainan yang berjaya dikeluarkan.
Ujar doktor tersebut, hasil imbasan x-ray menunjukkan sesuatu seperti sekeping duit syiling yang tersekat pada saluran esophagus kanak-kanak berkenaan.
Namun selepas diteliti dan prosedur pembedahan dilakukan, doktor tersebut terkejut apabila mendapati bendasing tersebut rupanya sekeping token mesin permainan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang tanpa berita, isteri buta setelah 15 bulan tak henti menangis... Rupanya nikah wanita lain 18 tahun lebih muda
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah bergelar doktor pelatih... pemuda kongsi kisah perit selepas resign, 3 tahun mohon berpuluh kerja tapi pengawal keselamatan pun tak dapat!
"Apabila dah sampai ke bahagian atas esofagus ini, tak rupa macam duit syiling. Dalam hati... apa benda pula kalau bukan syiling ni.
"Sebab memang kebiasaannya dan kebanyakan kes pun, kes tertelan duit syiling dalam kalangan budak-budak.
"Rupanya bukan duit syiling tapi token games yang berjaya dikeluarkan. Untuk rekod, ini kali pertama saya mendapat kes sebegini.
"Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Lepas selesai, sambung semula tarawih dan witir di rumah dengan tenang," tulisnya.
Kakak istimewa saya dulu tertelan penutup botol, kesian dia kena vakum nak sedut.
NETIZEN
Dalam pada itu, doktor berkenaan turut menasihatkan golongan ibu bapa agar sentiasa mengawasi permainan anak-anak, terutama objek kecil yang boleh mendatangkan bahaya jika tertelan.
"Salah langkah atau sedikit terleka, boleh tertelan seperti pesakit saya ini.
"Antara perkara yang paling pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) risau adalah jika bendasing itu tertelan dan termasuk ke dalam saluran pernafasan yang boleh akibatkan masalah pernafasan," tambahnya lagi.
Sebahagian warga maya yang berkongsi kisah masing-masing.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman serupa yang dialami ahli keluarga masing-masing.
Dalam masa sama mereka memuji tugas seorang doktor yang tidak mengenal penat demi menyelamatkan nyawa pesakit.
"Kakak istimewa saya dulu tertelan penutup botol, kesian dia kena vakum nak sedut.
"Anak saudara pernah tertelan duit 10 sen. Takut-takut dia beritahu mama dia. Akhirnya doktor suruh tunggu dia berak.
"Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa budak ini. Respect setinggi-tingginya!" demikian antara komen netizen.